Wednesday, 15 June 2016

BANTUAN PUSAT KEPADA KELANTAN


Bantuan Kerajaan Pusat Kepada Kelantan adalah terbesar berbanding dengan negeri-negeri lain. Perkara ini dijelaskan PM di Parlimen. Bantuan RM400 juta lebih ini diberi terus ke akaun Kerajaan Kelantan pada setiap tahun untuk pembelanjaan negeri termasuk untuk membayar gaji kakitangan Kerajaan Kelantan.

Dan ini tidak termasuk lagi pembelanjaan lain untuk Kelantan seperti RMK 11 yang berjumlah RM9 billion. 

Jelas sekali kerajaan Pusat tidak mengabaikan Kelantan.  Semoga info ini memberi manfaat bersama agar rakyat tidak lagi secara membabi buta menyalahkan kerajaan Pusat kononnya tidak menyalurkan bantuan sepatutnya kepada kerajaan Kelantan. 


Tanpa bantuan kerajaan Pusat, kerajaan Kelantan tidak mampu menguruskan pentadbiran negeri. Sumber pendapatan negeri Kelantan amat terhad dan sekadar cukup untuk belanja mengurus.  

Kelantan tidak dianaktirikan oleh Pusat. Hak rakyat Kelantan tidak dinafikan oleh Pusat berdasarkan kepada peruntukan Perlembagaan.  Kemudahan dan bantuan untuk rakyat Kelantan disediakan seadanya.  

Tanpa bantuan Pusat, Kelantan akan jauh ketinggalan.  Majoriti pembangunan atau penyediaan kemudahan awam disediakan oleh Pusat.  

Dari sekecil-kecil peruntukan sehinggalah yang berjumlah berbilion ringgit disediakan oleh kerajaan Pusat.  Ini bukan soal kerajaan Pusat baik atau tidak, tetapi itu berkaitan dengan seperti mana tercatat dalam Perlembagaan.  

Inilah konsep negara berpersekutuan yang terbaik.  Biarpun berlainan ideologi politik, hak negeri di bawah Persekutuan tidak diabaikan. 

Tambahan pula, sekiranya penduduk Kelantan diabaikan atau dinafikan haknya sebagai rakyat Malaysia, sudah pasti penghijrahan penduduk secara besar-besaran tanpa kawalan akan berlaku dan ini akan memberi kesan buruk kepada negeri lain. 

Jadi, dakwaan bahawa Kelantan dianaktirikan oleh Pusat adalah tidak tepat.  Bahkan, bahkan rakyat Kelantan boleh dikatakan agak bertuah mendapat banyak keistimewaan di peringkat Pusat, terutama dalam mendapat bantuan dan peluang pekerjaan. 

Rakyat Kelantan tidak pernah disisihkan untuk mendapat peluang pekerjaan di Kementerian, agensi dan jabatan kerajaan Pusat.  

Jengoklah di mana-mana kementerian dan jabatan, termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC), pasti banyak penduduk asal Kelantan berkhidmat di sini. Mereka diangkat menjadi pegawai tinggi peringkat pengurusan.

Jika rakyat Kelantan dianiaya, sudah pasti tidak ada yang diangkat menjadi pegawai tinggi dan pentadbir.  Mereka mendapat kemewahan dan kekayaan di luar Kelantan.  

Itulah hakikat yang perlu diterima oleh semua.   
  
Meskipun Kelantan ditadbir oleh pembangkang namun ia tidak menghalang untuk Kerajaan Barisan Nasional menyalurkan bantuan demi kesejahteraan rakyat.

Sehubungan itu Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukkan berjumlah RM800 juta dalam usaha menyelesaikan masalah banjir di Kelantan untuk tempoh masa panjang termasuk kerja mendalamkan dua sungai di negeri berkenaan.

Kerajaan Pusat sedia maklum dan prihatin dengan kejadian banjir saban tahun termasuk di lembangan Sungai Golok dan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11), projek tebatan banjir fasa pertama bernilai RM300 juta sudah diluluskan.

Kerajaan Pusat juga sudah meluluskan projek pengorekan muara Sungai Kelantan dan pembinaan tambak berjumlah RM500 juta di bawah RMK-11. 

Meskipun Kelantan dipimpin oleh PAS, namun kerajaan Pusat mengambil pendekatan mengenepikan fahaman politik dan membantu rakyat di negeri itu demi kesejahteraan semua pihak.

Bagaimanapun, diharapkan dua projek besar ini mendapat kerjasama semua termasuk kerajaan negeri kerana jika masih berlaku pembalakan berterusan akan menyebabkan hakisan dan penurunan air dan tanah di kawasan sungai, ianya tidak selesai.


No comments:

Post a Comment