Friday, 8 December 2017

FILEM ANAK TIRI NAJIB


Riza Aziz, anak tiri Datuk Seri Najib terlibat dalam penerbitan filem The Wolf of Wall Street. Filem itu adalah filem biografi komedi dikeluarkan di Amerika Syarikat pada 2013.
Filem tersebut diarahkan oleh Martin Scorsese dan ditulis oleh Terence Winter. Filem tersebut berdasarkan naskah asal The Wolf of Wall Street karangan  oleh Jordan Belfort. 
Ia menceritakan perspektif Belfort mengenai kerjayanya sebagai broker saham di New York City dan bagaimana firma Stratton Oakmont terlibat dalam rasuah dan penipuan yang meluas di Wall Street yang akhirnya menyebabkan kejatuhannya.

Wolf of Wall Street ditayangkan di New York City pada 17 Disember 2013. Filem diedarkan Paramount Pictures itu kemudian ditayangkan di seluruh Amerika Syarikat pada 25 Disember 2013. Filem itu adalah yang pertama dilancarkan sepenuhnya melalui pengedaran digital.

Filem ini mendapat kejayaan besar apabila mendapat kutipan di seluruh dunia melebihi RM1 bilion, yang merupakan tertinggi Scorsese dan filem ke-17 paling tinggi tahun 2013.

Filem ini mendapat perhatian umum kerana memaparkan kisah ketidakadilan sosial, ketamakan, serangan seksual, kekejaman, penggunaan dadah dan nilai-nilai kehidupan yang kontroversial.

Filem ini juga menyebabkan kontroversi kerana tuduhan bahawa ia dibiayai oleh dana yang diperoleh secara tidak sah dari 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Filem ini mendapat ulasan positif dari pengkritik. Filem ini dicalonkan untuk beberapa anugerah termasuk lima pencalonan pada majlis Anugerah Akademi Ke-86.

Antara sebab mengapa filem tersebut diharamkan di Malaysia ialah di sepanjang  tayangan filem berdurasi selama satu jam setengah, terdapat perkataan 'FUCK' kerap digunakan iaitu dalam purata sekali setiap dua setengah minit.

Perkataan 'fuck' digunakan masyarakat barat untuk menyatakan bantahan, kekecewaan, sesuatu keadaan tidak baik atau perkara buruk yang tidak disenangi.

Filem ini tidak termasuk dalam kategori filem lucah yang memperlihatkan adengan seks seperti heboh diperkatakan.

No comments:

Post a Comment