Sunday 11 October 2020

ULAM JANTUNG PISANG KAYA SERAT

 
Jantung pisang (Edible Banana Flower) merupakan bunga pisang yang kemudian ia akan bertukar menjadi buah pisang apabila matang. Setelah menghasilkan beberapa sikat buah, jantung pisang akan terus keluar tanpa keluar buah lagi. 
 
Jantung pisang yang tidak lagi menghasilkan buah perlu dipotong agar tumbesaran buah pisang yang terhasil sebelumnya dapat membesar dengan lebih baik. 
 
Jantung pisang dipotong boleh dijadikan ulam. Terdapat permintaan dan penggemar jantung pisang. Sebab itu, jantung pisang ada dijual dipasar basah, pasar malam, pasar tani malahan sering juga dilihat dijual di beberapa buah pasaraya besar. 
 
Lazimnya cara paling biasa adalah dimana jantung pisang akan dicelur dahulu dalam air panas sebelum ianya dihidangkan untuk dimakan bersama sambal belacan dan nasi putih. 
 
Namun, bukan semua jantung pisang boleh dimakan atau sesuai dijadikan ulam-ulaman kerana rasa kelat atau pahit. Antara jenis jantung pisang paling disukai adalah pisang nipah, pisang abu, pisang berangan, pisang mas dan beberapa jenis lain yang tidak kelat. 
 
Amat rugi jika jantung pisang tidak dimanfaatkan kerana petani yang mementingkan kualiti buah pisang tetap akan memotongnya biarpun tidak mahu dijadikan ulam. 
 
Jadi, elok jika amalan memakan jantung pisang sebagai ulam dipertingkatkan. Sebenarnya, masih banyak orang tidak sedar atau tahu bahawa jantung pisang boleh dimakan. 
 
Jantung pisang berkhasiat dalam melancarkan peredaran darah kerana dikatakan ia adalah bersifat anti-coagulant yang dapat mencegah terjadinya aktiviti penggumpalan di dalam darah. 
 
Pengambilan jantung pisang juga baik untuk mereka yang terdiri dari penderita masaalah  kencing manis atau diabetes. 
 
Kandungan indeks glemik (GI) yang ada pada jantung pisang memang rendah sehingga ia sesuai untuk dimakan oleh pesakit kencing manis. Jantung pisang juga baik untuk organ jantung, hati dan buah pinggang. 
 
Justeru, amat elok diamalkan makan jantung pisang sebagai makanan ulaman.

No comments:

Post a Comment