Friday 23 April 2021

DI KELANTAN BANYAK JENIS KUIH MANIS

 
Di Kelantan terdapat macam-macam jenis kuih yang dapat memenuhi citarasa setiap orang. Biarpun kebanyakan jenis kuih Kelantan berasa manis, tetapi atas kesedaran kesihatan, kadar kemanisan kebanyakan kuih kini telah dikurang dari kebiasaan. 
 
Antara kuih manis di Kelantan ialah akok, tahi itik, buah tanjung, jala emas, nekbat, bahulu, nasi manis dan lompat tikam. 
 
Kuih manis lain ialah caca, sanggupal, belda, ondeh-ondeh, tapai beras, puteri mandi, beke, belebat ubi stelo, butir nangka, cek mek, buah gomok dan ketayap. 
 
Tidak kurang rasa manis ialah koleh kacang, koleh ubi kayu, tepung pelita, tepung serunai, tapai ubi kayu dan macam-macam jenis lagi.  
 
Kata orang, kalau tidak manis, itu bukan kuih Kelantan. 
 
Kalau dahulu, ada jenis kuih hanya ada pada musim tertentu sahaja seperti musim hujan, musim raya dan musim puasa, tetapi kini ia boleh dijumpai sepanjang tahun. 
 
Kalau dahulu, ketupat palas hanya dapat dimakan pada musim raya sahaja, tetapi kini ia boleh dikatakan dapat dibeli sepanjang tahun. Yang penting tahu di mana hendak membelinya. 
 
Selamat menjamu selera.

No comments:

Post a Comment