Otak
boleh diumpamakan seperti logam yang perlu sentiasa digilapkan untuk nampak
bersinar.
Proses mengilap otak ialah dengan banyak berfikir atau menggunakan fungsi otak
agar sentiasa berjalan. Setiap perkara yang dilihat dan didengar perlu
dianalisa tentang kebenarannya. Lakukan tindakan sewajarnya terhadap apa yang
berlaku di sekeliling kita.
Sikap
mudah mempercayai sesuatu khabar berita tanpa usul periksa adalah bukti tidak
mahu menggunakan akal fikiran. Sikap tidak mahu berfikir satu tindakan tidak
mahu menggunakan anugerah Allah yang paling bernilai kepada manusia.
Hebatnya
manusia berbanding dengan makhluk lain adalah manusia mempunyai akal. Jika kita
tidak mahu menggunakan anugerah akal itu samalah kita meletakkan diri setaraf
dengan haiwan.
Jangan
malas berfikir kerana akan menyebabkan lama-kelamaan kita semakin bodoh dan
ketinggalan. Berfikirlah dengan waras dan bijaksana. Jangan sampai diri
menjadi mangsa kepada orang lain disebabkan kebodohan diri sendiri yang tidak
mahu berfikir atau malas berfikir.
No comments:
Post a Comment