Wednesday 2 August 2023

Terharu dapat melihat pintu Kaabah dibuka

 
Dalam video tular di media sosial tentang perkongsian seorang jemaah umrah yang dapat melihat pintu Kaabah dibuka pada selepas subuh 2 Ogos 2023 berasa bertuah dan terharu dapat menyaksikan peristiwa tersebut.
 
Dalam video tersebut dapat dilihat orang yang melakukan tawaf ketika itu terhenti dan masing-masing berhenti di sudut pintu Kaabah untuk menyaksikan sendiri pintu Kaabah dibuka.
 
Jemaah yang membawa telefon bimbit masing-masing tidak melepaskan peluang untuk merakam detik yang dianggap peluang jarang-jarang dapat dilihat.
 
Ketika pintu Kaabah dibuka, terdengan laungan “Allahu Akbar” dan esakan menangis syukur dapat melihat pintu Kaabah dibuka.
 
Itu kisah dapat melihat pintu Kaabah dibuka sudah dianggap rahmat yang besar. Mereka dianggap insan terpilih dapat melihatnya. Tentu sekali dirasakan amat bertuah dan insan terpilih jika dapat memasuki Kaabah.
 
Antara insan yang terpilih memasuki Kaabah ialah Datuk Seri Najib Razak pada 11 Jan 2018 ketika beliau menunaikan umrah di Makkah. Sehari sebelum itu belaiu diberi kebenaran memasuki kawasan makam Rasulullah SAW di Madinah.
 

No comments:

Post a Comment