Saturday 14 October 2023

BAIKI SEGERA ELAK LEBIH ROSAK

 
Kemudahan awam untuk manfaat bersama. Kemudahan awam seperti jalan raya dibina oleh kerajaan melalui agensi tertentu.
 
Jalan raya, seperti juga kemudahan awam terdedah kepada kerosakan. Biasanya kerosakan bermula dalam skala yang kecil.
 
Seperti api, jika dibiarkan akan bertukar menjadi besar sehingga semuanya rosak. Jadi, kerosakan kecil perlu dibaiki segera.

Lopak atau lubang kecil perlu dibaiki segera. Jika dibiarkan, yang kecil akan bertambah besar. Boleh membahayakan pengguna jalan tersebut, terutama ketika hari hujan. 
 
Secara konsepnya, kerosakan itu perlu dibaiki oleh pihak yang bertanggungjawab mengurusnya. Namun, tidak pula bermakna pihak lain perlu lepas tangan.
 
Kalau jalan yang rosak itu boleh dibaiki secara individu, baikilah ia. Atau komuniti setempat boleh bertindak melakukannya.
 
Di sinilah peranan penghulu atau ketua kampung. Bertindak segera sebelum ia menjadi lebih teruk.

No comments:

Post a Comment