Saturday, 28 December 2024

KESAN BURUK MAKAN BELIMBING BESI

 
Belimbing besi banyak khasiat dan elok dimakan selalu. Namun, ia tidak baik atau bermanfaat untuk semua orang. Ada individu yang disarankan tidak makan belimbing besi. 

Belimbing besi mengandungi asid oxalic, yang boleh merbahayakan mereka yang menderita kegagalan buah pinggang, ginjal batu atau bagi mereka yang menjalani rawatan dialisis.

Penggambilan bagi mereka yang mengalami masalah kegagalan buah pinggang boleh meyebabkan gangguan saraf seperti kekerapan tersedu sedu (hiccups), muntah muntah, mual gangguan saraf dan kekeliruan minda. Kematian juga pernah dicatit melibatkan pesakit yang memakan buah ini.
 
Kajian menunjukkan bahawa dengan memakan buah belimbing terlalu banyak akan menyumbangkan kesan toksik yang bahaya kepada pesakit kegagalan buah pinggang. Bahan toksik ini dikenali sebagai neurotoksin.

Ia juga akan membuatkan carambolic acid yang berada dalam belimbing besi terkumpul di dalam otak dan seterusnya meracuni otak kita.
 
Toksin ini akan kekal di dalam badan dan akan menyebabkan penyakit yang serius seperti muntah-muntah, cirit birit, kekeliruan mental, kekejangan dan paling serius adalah kematian.
 
Jadi, pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang, harus mengelakkan pengambilan buah belimbing.

No comments:

Post a Comment