Wednesday 30 May 2018

PIDATO THARIQ BANGKIT SEMANGAT TAKLUK ANDALUSIA

Islam melebarkan penguasaan ke tanah Eropah melalui Andalusia atau sekarang ini Sepanyol. Peristiwa yang juga dikenali Futuh Andalusia itu berlaku pada tahun ke 91 Hijrah. Kaum Muslim di bawah pimpinan Thariq bin Ziad telah berhasil meluaskan penguasaan umat Islam yang sebelum itu telah menguasai kawasan utara Afrika. 

Penguasa Islam ketika itu, Musa bin Nushair memerinthkan Thariq bersama-sama 7,000 orang tentera Muslim menyerang Andulusia setelah permintaan untuk mengembangkan agama Islam di situ ditolak. 

Bermula dengan menaiki kapal menyeberang Teluk Gibraltar, setelah mendarat di Andalusia, Thariq telah memerintahkan agar semua kapal perang Islam dibakar, sambil berpidato dengan penuh bersemangat bagi menaikkan semangat tentera Islam.

Ucap Thariq: "Musuh di hadapan kamu. Apabila kamu berundur, lautan di belakang kamu. Pilihlah yang mana lebih tinggi kehormatan berjuang di jalan Allah atau mati ditelah lautan."

Ucapan Thariq itu berjaya membakar semangat tentera Muslim untuk berjuang bermati-matian sambil mengharapkan pertolongan Allah. 

Para tentera menyahut seruan Thariq itu dengan berkata: "Kita datang ke sini, tidak untuk kembali lagi. Kita berada di sini hanya mempunyai dua pilihan iaitu sama ada kita menakluki negeri ini, menetap di sini dan menyebarkan Islam atau kita semua akan binasa."

Semangat jitu itu membolehkan tentera Islam menawan satu demi satu kota atau kedudukan tentera Andalusia sehingga akhirnya keseluruhan kerajaan Andalusia yang mempunyai lebih 100,000 orang tentera berjaya dikuasai tentera Islam yang hanya berjumlah 12,000 orang (tambahan 5,000 orang daripada jumlah kumpulan pertama seramai 7,000 orang) pada bulan Ramadan tahun 91 Hijrah.

Sejak itu, Andalusia menjadi pusat perkembangan ilmu dan mercu peradaban manusia di benua Eropah.

No comments:

Post a Comment