Friday 29 June 2018

KEBAIKAN KHASIAT BIJI CHIA

 
Biji chia atau chia seed mendapat permintaan tinggi di kalangan mereka mementingkan kesihatan. Chia seed kaya dengan nutriun pemakanan diperlukan badan. 
 
Khasiat, kebaikan dan manfaat memakan biji chia terbukti hebat dan berkesan. Jadikan chia seed diet harian dan rasai kehebatan untuk kesihatan. 
 
Chia merupakan  sejenis tumbuhan berbunga yang tergolong dalam keluarga pudina dan yang biasa hidup di kawasan panas. Pokok chia banyak terdapat Mexico dan negara Amerika Latin. 
 
Chia seed terkenal sebagai makanan bernutrisi tinggi untuk menambahkan energi seharian. Sifatnya sebagai antioksidan yang aktif mampu menghalang kesan buruk akibat daripada radikal bebas.
 
Sekali pandang, biji chia hampir sama dengan biji selasih, namun terdapat beberapa ciri perbezaan. Antara perbezaan antara biji selasih dan chia seed.
 
Pertama adalah dalam hal cara penyediaanya. Biji selasih hanya boleh digunakan setelah direndam di dalam air selama beberapa waktu. 
 
Sedangkan, bagi  chia seed pula, ianya boleh digunakan  dengan cara, hanya ditaburkan atau dicampurkan saja ke jus, yogurt, pudding, salad,  rawfood, malahan  ke dalam nasi putih juga, atau dengan cara hanya direndamkan ke air putih biasa selama beberapa saat saja.
 
Kedua, warna yang berbeza. Biji selasih hanya berwarna hitam. Apabila terkena air, akan muncul selaput putih jernih yang menyeliputi menyelimuti biji selasih. 
 
Tetapi chia seed pula mempunyai banyak warna iaitu berwarna hitam, coklat, kelabu dan juga putih. Apabila terkena air, akan muncul juga selaput putih menyelimuti biji chia.
 
Antara kebaikan, manfaat dan khasiat biji chia ialah: 
 
Menstabil kandungan gula dan mengawal penyakit kencing manis. 
Chia Seed telah dikaji oleh pakar perubtan, ianya telah menjadi sebagai  salah satu rawatan semula jadi yang amat berpotensi untuk para pesakit diabetes tahap 2, kerana keupayaannya untuk memperlahankan penghadaman. 
 
Lapisan agar-agar biji chia seed yang terbentuk apabila terdedah kepada cecair boleh juga mencegah pancang gula darah.

Banyak mengandungi serat. 
Dengan hanya mengambil 28 gram atau satu auns dalam setiap hidangan chia seed, ianya mempunyai 11 gram serat pemakanan, seumpama kira-kira satu pertiga daripada pengambilan serat harian yang telah disyorkan untuk orang dewasa. 
 
Menambahkan beberapa chia seed dalam menu diet harian anda adalah merupakan salah satu cara yang mudah untuk memastikan anda memperolehi jumlah fibre yang baik yang penting untuk membantu sistem penghadaman. 
 
Serat baik untuk menstabilkan kolesterol, mencegah sembelit dan menekan meningkatkan gula dalam darah. 
 
Mengekalkan kekuatan gusi dan tulang
Satu hidangan biji chia seed dalam diet menu harian mempunyai 18 peratus daripada pengambilan harian yang telah disyorkan untuk kalsium, yang dimana ianya berfungsi untuk mengekalkan tahap kesihatan gigi,  tulang, dan dapat mencegah osteoporosis. 
 
Mempunyai mangan. 
Manganese (Mangan) bukanlah nutrien mineral yang terkenal, tetapi ianya adalah amat penting untuk kesihatan manusia. Mangan amat baik untuk tulang dan dapat membantu badan kita untuk menggunakan nutrien lain seperti biotin dan thiamin. 
 
Mangan meningkat kadar metabolisma tubuh untuk lebih cergas dan mengawal berat badan. Dalam pengambilan satu hidangan biji chia (28 gram) mempunyai kandungan sebanyak 30 peratus seperti yang telah disyorkan untuk mineral ini. 
 
Kaya fosforus. 
Dengan mempunyai 27 peratus daripada nilai yang perlu ada untuk fosforus, biji chia juga turut membantu anda supaya dapat mengekalkan tulang dan gigi yang sihat dan kuat. 
 
Fosforus juga amat penting untuk mensynthesizekan protein (pertumbuhan dan untuk pembaikan) sel serta tisu tubuh badan kita. 
 
Kaya protein.
Biji chia adalah sumber protein bagi golongan vegetarian dan ianya  tidak mempunyai sebarang kolesterol. Dalam satu 28 gram hidangan biji chia yang diambil adalah mempunyai 4.4 gram protein di dalamnya. Protin penting untuk kecerdasan otak. 
 
Mudah berasa kenyang.
Tryptophan adalah merupakan satu sejenis asid amino yang telah ditemui dalam biji chia. 
 
Walaupun tryptophan akan memberikan  kesan mengantuk selepas makan, namun ianya juga amat berpotensi untuk membantu mengawal selera makan anda (mudah berasa kenyang), memberikan tidur yang selesa dan membantu untuk meningkatkan mood seharian. 
 
Meningkatkan kesihatan jantung
Biji chia telah terbukti dalam meningkatkan tekanan darah untuk para pesakit kencing manis. Ianya juga boleh meningkatkan kolesterol sihat untuk tubuh dan pada masa yang sama dapat mengurangkan jumlah kolesterol, LDL dan juga trigliserida.

Banyak Omega-3 
Biji chia penuh dan kaya dengan asid lemak omega-3, dengan mempunyai hampir 5 gram dalam setiap hidangan satu aunsnya. 
 
Omega 3 baik untuk kesihatan fungsi otak, menurunkan kadar kolesterol dan meningkatkan prestasi jantung.

Kandungan zat besi
Zat besi baik untuk pencegahan anemia dan meningkatkan kualiti sel darah merah.

Dengan pengambilan chia seed, kita boleh memastikan yang semua nutrien yang diperlukan dalam badan ini sudah mencukupi setiap hari. Senanglah kerja kita dalam menjaga kesihatan.

No comments:

Post a Comment