Minyak
argan adalah minyak yang jarang diperoleh kerana pokok argan hanya tumbuh di
kawasan bercuaca seperti di negara Moroco, maka tidak hairanlah ia juga
dikenali sebagai Moroccan Oil.
Terdapat
banyak khasiat minyak argan. Antaranya;
Minyak
argan baik untuk diet harian.
Ia
disajikan untuk sarapan pagi bersama-sama dengan roti bakar, dicelup ke dalam
minyak argan serta madu.
Hidangan
tradisional Maghribi, Amlou Sweet, dianggap sebagai makanan istimewa sebenar.
Ia terdiri daripada minyak argan yang dicampur madu dan badam, memberikan
tenaga serta kekuatan, juga dikenali sebagai aprodisiak.
Dalam
masakan di rumah serta di restoran, minyak argan ditambah pada makanan yang
dikukus, digoreng atau dipanggang. Dengan cara ini, ia akan meningkatkan rasa
serta menyediakan beberapa vitamin tambahan yang diperlukan oleh badan.
Minyak
argan untuk kesihatan dalaman dan luaran.
Minyak
argan yang ajaib dan kaya dengan khasiat ini digunakan untuk kegunaan harian.
Untuk
rawatan dalaman serta luaran. Ia juga digunakan pada kulit bayi untuk
melindungi daripada unsur-unsur bahaya dan 'chafing'.
Rawatan
minyak badan merupakan rawatan perubatan Ayurvedic India Kuno yang dapat
memberi tenaga kepada tubuh badan dan meningkatkan kesihatan seseorang.
Minyak
argan agen antioksidan.
Kandungan
vitamin E yang tinggi, 2 kali ganda lebih banyak dalam minyak zaitun. Vitamin E
adalah penting untuk membangunkan dan mengekalkan fungsi saraf dan sistem otot.
Minyak
argan mengandungi lebih daripada 80% mono dan asid lemak poli tak tepu, yang
mempunyai kesan yang baik pada keadaan reumatik dan penyakit kardiovaskular.
Manfaat
minyak argan kepada kulit
-
Antipenuaan yang amat berkesan.
-
Menyelesaikan masalah kulit berjerawat.
-
Menghilangkan masalah parut.
-
Melindungi kulit daripada kedutan akibat penuaan pra-matang.
-
Mengurangkan kedutan dibawah mata.
-
Bertindak sebagai pelembap terbaik untuk kulit.
-
Ia menyegar dan melembut kulit.
-
Kaya dengan protein yang sangat baik untuk keanjalan kulit.
-
Mampu mengurangkan kegatalan kulit.
-
Sesuai untuk semua jenis kulit.
-
Mampu mencegah stretchmark pada kulit akibat proses kehamilan.
Manfaat
minyak argan kepada rambut
-
Menghidrat rambut dengan cara semulajadi.
-
Mampu menstabilkan kelembapan pada rambut.
-
Melembutkan rambut yang kasar dengan cepat.
-
Mampu menembusi hingga ke liang rambut.
-
Berkhasiat untuk pertumbuhan rambut.
-
Antioksidan semulajadi mampu mengukuhkan rambut
-
Kehadiran vitamin E menjadi agen terbaik rawatan rambut.
-
Mengekalkan kelembapan rambut.
-
Merawat akar rambut.
-
Meransang pertumbuhan rambut yang terurus.
-
Mengukuhkan struktur akar rambut serta ikatan protein dalam rambut.
-
Menguatkan struktur rambut dari akar hingga ke hujung rambut.
Manfaat
minyak argan kepada kuku
-
Menguatkan kuku yang lemah dan mudah pecah.
-
Menguatkan kulit halus di akar kuku dan menjadikannya licin.
-
Kuku menjadi segar dan bersinar.
-
Meransang pertumbuhan kuku cantik berseri
Cara
menggunakan minyak argan
Guna minyak argan pada kulit
-
Cuci permukaan kulit sehingga bersih.
-
Titiskan minyak argan pada tapak tangan, ratakan dan sapukan pada bahagian
kulit yang bermasalah.
-
Urut perlahan-lahan sehingga minyak argan meresap kedalam kulit.
Guna minyak argan pada rambut
-
Boleh disapu pada rambut sebagai minyak rambut pada bila-bila masa.
-
Untuk rawatan rambut, titiskan minyak argan pada tapak tangan, ratakan dan
sapukan pada permukaan kulit kepala serta rambut dengan cara mengurut.
-
Gunakan sikit-sikit dan berulang kali.
-
Boleh dibiarkan semalaman dan cuci rambut seperti biasa pada esoknya.
-
Guna minyak argan pada kuku
-
Sapukan minyak argan pada kuku dan urut perlahan-lahan sampai ia meresap.
-
Boleh diulangi setiap hari.
No comments:
Post a Comment