Sunday 17 October 2021

SYARIKAT MALAYSIA BINA RASUK JULUR TERPANJANG DI DUNIA

  
Kita mesti berbangga, syarikat Malaysia Eversendai Corporation Berhad membina cantilever beam terpanjang di dunia untuk bangunan One Za'abeel Tower, Dubai. 
 
Setelah siap kelak, bangunan ini merupakan contoh bangunan hijau berstatus Gold in Leadership in Energy and Environmental Design Certification. 
 
Ciri utama antaranya adalah penggunaan teknologi termaju dan sistem automasi dalam penggunaan tenaga. 
 
Selain itu, air dikitar semula bagi menjimatkan sumber (water-to-water heat pumps for centralized domestic hot water systems) dan air pulih guna kumbahan bagi tujuan pengairan (treated sewage effluent water for irrigation). 
 
Syarikat Eversendai terlibat dalam banyak pembinaan bangunan ikonik di seluruh dunia.

No comments:

Post a Comment