Saturday 4 February 2023

CARA MENJAGA KESIHATAN UNTUK ELAK PENYAKIT

 
Hati merupakan organ dalaman terbesar yang terletak di bahagian kanan abdomen manusia. Hati mempunyai fungsi yang pelbagai. Ia bukan sahaja berfungsi untuk menyingkirkan toksik dari dalam darah tetapi juga memainkan peranan penting dalam mengawal proses metabolisme lemak, protein dan karbohidrat serta penghasilan enzim dan makromolekul yang diperlukan oleh badan. 

Oleh yang demikian, kesihatan hati perlu dijaga bagi memastikan hati dapat berfungsi secara normal dan optimum.
 
Amalan gaya hidup sihat adalah digalakkan bagi mengelakkan dari mendapat penyakit ini. Dengan pengamalan gaya hidup sihat,dapat mengawal perkembangan penyakit ini supaya tidak menjadi lebih serius atau kronik.
 
Di antara amalan gaya hidup sihat tersebut adalah :
- Banyakkan berpuasa atau lakukan Diet Intermittent Fasting.
- Elakkan pengambilan karbo berproses beras putih (ganti dengan beras perang atau beras rebus), gula putih dan makanan dari sumber tepung putih seperti roti, kuih, kek, biskut sekurang-kurangnya empat bulan.
- Elakkan makanan berproses (yang sedia dalam tin dan plastik dijual di pasar raya), minuman bergas, makanan segera, makanan yang bergoreng menggunakan minyak yang sama berulang kali, makanan yang ada margarine.
- Banyakkan sayur dan buah dalam makanan
- Dapatkan minyak atau lemak sihat seperti minyak zaitun extra virgin, minyak kelapa, minyak avocado, omega 3,6,9 untuk membantu fungsi hati serta merendahkan kolestrol dan enzim dalam hati.
 
Tiga cara mudah penggunaan minyak zaitun
- Minum secara terus
- Campur bersama makanan
Pilihan lain adalah campur bersama makanan atau dijadikan sebagai "dressing". Sangat perfect rasa dia! Contoh jadikan dressing salad/buah.
- Sebagai bahan masakan
Nak senang, letak je minyak zaitun dalam pan dan phewww masak je! Yang penting jangan masak dengan suhu yang tinggi ya.

No comments:

Post a Comment