Minum kopi memberi kesegaran kepada fizikal
dan mental. Sebab itu ia menjadi pilihan mereka yang mementingkan penjagaan
kesihatan.
Namun, kita tidak perlu minum sepanjang
masa. Sebenarnya dalam diri kita telah ada hormon yang membantu menghasilkan tenaga
secara semula jadi. Ia dikenali hormon kortisol.
Hormon kortisol adalah hormon yang terhasil
secara semula jadi yang memberi tenaga pada badan kita. Tetapi, tahap
penghasilan hormon kortisol tidak sama sepanjang hari.
Tahap kortisol paling tinggi adalah pada
waktu pagi selepas kita bangun tidur. Ia mula menurun selepas pukul 9.00 pagi.
Untuk mengimbangi atau memberi tenaga
kembali, maka kita perlu kepada sesuatu untuk menambah tenaga, contohnya dengan
minum kopi.
Selain itu, sebelum bersukan juga sesuai
untuk dapatkan tenaga tambahan dengan minum kopi.
Jika anda inginkan tidur yang berkualiti, pastikan
jangan minum kopi 6 jam sebelum tidur. Jadi, waktu sesuai minum kopi ialah
ketika minum petang. Jangan minum kopi pada waktu malam untuk mengelak kesan
kafein akan mengganggu tidur anda.
No comments:
Post a Comment