Sunday 22 October 2023

CARA BUAT MOL KULIT TEMBIKAI

 
Apa itu MOL? ia adalah Mikro Organisme lokal (MOL). Ia dihasilkan melalui proses perapan bahan-bahan tertentu. Ada yang guna buah sahaja, Batang pisang dan pelbagai lagi.
 
Melalui proses perapan bahan-bahan yang telah dipilih, ia akan menghasilkan bakteria yang bermanfaat untuk tanaman. Baik kegunaan secara langsung mahupun tidak.
 
Sebelum menghasilkan MOL, terlebih dahulu kita perlu tahu kegunaan MOL ini. Setiap bahan perapan yang digunakan untuk membuat MOL menghasilkan bakteria yang berbeza dan memberi keperluan yang tidak sama untuk setiap penggunaan ada tanaman.
 
Salah satu buah yang sesuai dijadikan mol ialah tembikai. Guna bahagian kulit putih tembikai. Kalau guna isi yang merah atau kuning, kira rugi jugalah. Baik kita makan bahagian itu. Melainkan isinya telah rosak atau tidak sesuai untuk dimakan.
 
Cara membuah mol kulit tembikai.
 
Bahan-bahan :
Kulit tembikai - 1.5 kilogram
Gula merah - 1.5 kilogram
Bekas yang sesuai
Kertas putih dan tali.
 
Caranya memproses:
- Kupas buang kulit warna hijau dan ambil lapisan yang warna putih sahaja. Tujuannya supaya proses pengekstrakan dapat berlaku dengan sempurna.
- Kulit putih dipilih kerana tinggi kandungan potassium berbanding isi.
- Potong nipis-nipis. Semakin nipis dan semakin luas permukaan, lagi bagus.
- Masukkan sedikit gula merah ke dalam bekas. Memadai gula merah menutup dasar bekas.
- Masukkan kulit tembikai dan tabur sekata diatas permukaan gula merah.
- Proses di atas dibuat secara bergilir-gilir. Kira macam buat kuih lapis. Berlapis-lapis. Apa yang penting bahagian atas sekali mesti gula merah.
- Tutup dengan kertas putih dan ikat bagi ketat.
- Simpan di tempat redup selama 7 – 10 hari.
- Selepas 7-10 hari diperam, tapis ambil cecairnya sahaja.
- Botolkan dan simpan ditempat redup. Penutup botol tidak diketatkan atau dilubangkan supaya sentiasa ada udara yang keluar masuk. Boleh bertahan 2-3 tahun.
- Bila nak guna, ambil 2-5 ml mol tembikai dan dicampurkan dengan 1 liter air tanpa klorin. - Boleh juga dibuat cocktail bersama mol lain dan racun organik sekali.
- Kekerapan semburan adalah seminggu sekali.
 
Mol buah ini sangat bagus untuk disembur pada mana-mana tanaman yang berbuah semasa peringkat berbunga dan berbuah. Di dalamnya ada kandungan potassium yang agak tinggi berbanding dengan mol-mol yang lain.
 
Usur potassium ini diperlukan oleh tanaman untuk pembentukan buah yang sempurna dan berkualiti. Walaupun guna bahan yang nak dibuang, namun sangat berkesan sekali.
 
Sebagai perangsang bunga dan buah dan meningkatkan kualiti buah seperti daya tahan dan menambah rasa manis buah.

Sumber - media sosial.

No comments:

Post a Comment