Wednesday 1 December 2021

KHASIAT POKOK MULBERI

  
Pokok mulberi atau nama saintifiknya morus alba semakin dikenali negara kita. Di Indonesia dipanggil murbei, di China dipanggil sangye. 
 
Di Malaysia, daun pokok mulberi juga dikenali sebagai daun ulat sutera atau besaram. Sebabnya, daun mulberi adalah makanan utama ulat sutera. Tanpa makan daun ini, ulat sutera tidak akan menghasilkan sutera yang baik. 
 
Orang di utara Semenanjung memanggil pokok mulberi sebagai bayam batu. 
 
Pokok mulberi kaya khasiat. Sebenarnya orang Cina termasuk di Tanah Besar China sudah lama mengamalkan pokok mulberi sebagai herba kesihatan. 
 
Keseluruhan pokok mulberi boleh dimanfaatkan. Daripada buah, ranting, daun dan juga akarnya ada unsur-unsur untuk rawatan penyembuhan. 
 
Buah mulberi mengandungi asid sitrik, gula dan vitamin C. Daun mulberi pula mengandungi adenin, amilas, asid suksinik, karotena dan kolin. Biji mulberi mengandungi ureas. Kulit akar pokok mulberi mengandungi beta-amirin, minyak meruap, resinotanol dan sitosterol. 
 
Tidak hairanlah penggemar ulam menjadikan pucuk daun mulberi sebagai ulam. Rasanya lebih kurang seperti kangkung. Pucuk ni jugak boleh dimasak lemak cili api. Daun mulberi juga boleh dibuat teh. 
 
Pokok malberi mempunyai semua 18 asid amino dan mengandungi vitamin B, B1, B2, C, asid folik, potassium, kalsium yang amat diperlukan oleh badan kita. 
 
Antara khasiat pokok mulberi ialah:
- Penawar dan mencegah penyakit kencing manis (diabetes).
- Mengawal serta mengurangkan kolesterol dalam pembuluh darah.
- Mengawal serta mengurangkan tekanan darah tinggi
- Membantu mengelakkan serangan sakit jantung
- Membantu dalam kehilangan berat badan
- Mengurangkan keadaan asma yang teruk
- Melambatkan proses penuaan dan meremajakan kekuatan anda
- Mengurangkan risiko kerapuhan tulang
- Meredakan batuk, perasaan cemas dan kegelisahan
- Mengurangkan kesakitan ketika datang haid
- Membantu perjalanan haid yang tidak teratur
- Menambahkan tenaga
- Meningkatkan produksi susu badan
- Membantu mengurangkan migraine 
 
Apa kata kalau kita tanam sepokok dua sebab pokok malberry senang ditanam iaitu hanya dengan keratan batang. Setelah muncul pucuk, buahnya akan menyusul.

 

 

No comments:

Post a Comment