Thursday 23 February 2023

AKIBAT GAGAL JAWAB SOALAN DITANYA

 
Kalau hendak jawab mesti ikut soalan. Jika tidak ikut soalan maka itu dikatakan gagal biarpun jawapan itu lengkap dengan fakta dan hujah-hujah peringkat tertinggi. Kalau sudah gagal, jangan salahkan orang lain pula.
 
Salah satu pesan guru kepada murid-murid ialah baca betul-betul soalan, dan kemudian baharu jawab.
 
Jawab ikut apa kehendak soalan dan markah yang akan diberikan untuk soalan tersebut. Kalau markahnya sekadar satu atau dua markah sahaja, jangan pula jawab sampai dua tiga muka surat.
 
Silap baca soalan memang perkara biasa. Tetapi kalau salahkan orang lain kerana dia jawab salah, itu namanya ego. Tidak mahu menyelidik tentang kesalahan diri sendiri, sebaliknya orang lain dipersalahkan.
 
Petua hendak mengelak salah memberi jawaban, pastikan ketika menjawab itu diri dalam keadaan tenang. Jangan ada prejudis kepada orang yang menanyakan soalan.
 
Semoga tenang dalam memberi jawaban dan menerima jawaban.

Gambar hiasan  - Pulau Timba Timba, Semporna, Sabah

No comments:

Post a Comment