Dahulu dikenali Pasar Cabang
Tiga Pengkalan Chepa. Namun selepas bangunan baharu dibina di tapak yang sama,
namanya kini ditukar menjadi Pasar Tok Guru, Cabang Tiga Pengkalan Chepa.
Bangunan dua tingkat itu menjadi
mercu tanda baharu di Cabang Tiga Pengkalan Chepa setelah siap dibina dan
beroperasi sejak 01 September 2018.
Pasar tersebut dikenali
Pasar Tok Guru sesuai dengan kedudukannya di Jalan Tok Guru yang dahulunya
dikenali Jalan Pengkalan Chepa.
Pasar Tok Guru menjadi
lokasi peniaga menjual keperluan harian seperti sayur, ikan, daging dan bahan
kering lain.
Urus niaga di pasar
tersebut selesa dan memberi peluang yang lebih luas kepada peniaga. Selain itu,
pembeli juga mendapat keselesaan membeli belah di situ.
No comments:
Post a Comment