Monday, 5 July 2021

SAMPAI BILA RAKYAT TERUS TANGGUNG DERITA

 

Macam-macam usaha telah dilakukan kerajaan untuk mengawal pandemik Covid-19. Pelbagai istilah dan kaedah digunakan. Namun, ia masih tidak mampu mengawal pandemik ini.

Rakyat menjadi keliru apa sebenar yang telah berlaku. Hidup semakin tidak menentu. Sudah ada keluarga terputus bekalan makanan. Sumber pendapatan tertutup.

Masalah sakit jiwa turut meningkat. Sudah ada membunuh diri akibat tekanan perasaan.

Masalah diburukkan lagi dengan suasana politik negara yang tidak stabil. Pihak sudah ada jawatan berusha untuk kekal pada kedudukan sekarang. Sedangkan di sebelah pihak pula ingin menjatuhkan pemimpin sedia ada agar dia pula boleh menjawat kedudukan tersebut.

Di pihak yang berjawatan juga tidak satu pendapat. Masing-masing ingin tunjuk kuasa atau lebih bijak. Macam-macam tindakan dibuat, tetapi hasilnya tetap tidak berkesan. Akibatnya rakyat menjadi mangsa.

Banyak sangat yang berpolitik. Jika mengikut kepentingan politik, sudah tentu banyak ‘politik’. Dalam politik banyak perkara akan dikompromikan. Banyak perkara tidak berdasarkan kepada fakta kerana ada perkara diautakan.

Ada tindakan untuk kepentingan peribadi atau kelompok tertentu. Pada masa sama ada juga keperluan pihak lain perlu dilayan. Oleh itu banyak ideal asal akan dikompromikan atau diubah-ubah.

Disebabkan politik, kes bendera putih pun jadi isu. Sepatutnya lihatlah dalam sudut positif. Kalau ia dapat memberi kebaikan, biarlah.

Mungkin itu satu cara. Di pihak lain boleh melakukan cara lain untuk membantu. Masing-masing ada caranya. Apa yang penting rakyat dibantu.

Di pihak penguatkuasa pula tegas tidak bertempat. Cakap itu dan ini memberi amaran apabila berdepan pihak media. Rakyat jadi takut dan keliru. Tetapi ada juga yang buat tidak endah dengan segala bentuk larangan.

Sampai bila rakyat perlu berada dalam keadaan ini?

No comments:

Post a Comment