Sunday 17 December 2017

Kahwin dengan pasangan bukan Islam

Isu liberalisme di negara jiran semakin mencabar. Antara fenomina belaku di negara berkenaan adalah perkahwinan orang Islam dengan pasangan bukan Islam tanpa terlebih dahulu memeluk Islam.

Allah SWT dengan jelas di dalam Surah Al-Baqarah, ayat 221 menyatakan bahawa jangan menikahi wanita Musyrik sehingga dia beriman.

Wanita yang beriman adalah jauh lebih baik daripada wanita Musyrik, meskipun wanita itu mempunyai gaya penarik hebat.

Seseorang itu seharusnya tidak akan menikahi pasangannya yang Musyrik sehingga lelaki atau wanita itu beriman kepada Allah SWT.

Wanita yang beriman meskipun dia itu adalah seorang hamba atau pembantu, namun wanita itu adalah jauh lebih baik daripada gadis Musyrik cantik yang menarik perhatian.

Ibu bapa di negara berkenaan seakan suka dan merelakan perkara tersebut dengan menyatakan anak gadisku berkahwin dengan orang bukan Islam. Malah boleh tertawa. Apa yang telah terjadi dengan masyarakat Islam di negara berkenaan?

Berharap suatu usaha pembaikan dapat dilakukan oleh masyarakat Islam di negara itu.  Seorang Islam sama sekali tidak boleh mengahwini pasangan yang tidak memeluk agama Islam dan beriman kepada Allah SWT.

Sekiranya pasangan itu beriman biarpun tidak kaya atau tidak cantik, apa yang pasti dia pasti akan melangkah masuk ke syurga.

Seorang pemuda Islam perlu mengahwini wanita yang mukminah atau beriman kerana pasangannya itu adalah jauh lebih baik dan berupaya membawa suaminya masuk ke syurga bersama.

Seorang lelaki perlu memilih pasangannya yang muhsinah kerana Allah telah menyatakan bahawa isteri itu adalah muhsinah iaitu benteng kepada syaitan.

Apa yang berlaku di negara berkenaan kerana hebatnya serangan pemikiran meruntuhkan kekuatan iman umat Islam. Pemikiran liberal dan plural tersebar hebat di negara berkenaan.

Perkara itu berlaku bukan kerana kurangnya ilmuan Islam di negara berkenaan, tetapi dasar pemerintahan yang terbuka menyebabkan perkara itu berlaku.

Pemikiran sama sedang dilakukan terhadap umat Islam di Malaysia. Namun, keadaan ini sukar disebabkan tindakan tegas pihak berkuasa menggunakan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.

Namun, tidak pula sejauh mana hal itu dapat bertahan jika Malaysia diperintah oleh golongan yang cenderung kepada amalan liberal dan plural.

Sebab itu, amat penting kerajaan sekarang yang terbukti mempertahankan kedudukan Islam perlu dikekalkan. 

No comments:

Post a Comment