Sunday, 14 January 2018

PANDUAN SELAMAT DALAM PERJALANAN



Kecelakaan dalam perjalanan kerap berlaku. Ribuan nyawa melayan setiap tahun di negara kita disebabkan kemalangan jalan raya. Justeru, ikutilah panduan selamat dalam perjalanan. Jangan sampai jadi mangsa kemalangan akibat kecuaian diri sendiri mahupun orang lain.

Maka setiap muslim hendaknya memperbanyak doa untuk memohon keselamatan dalam perjalanan. Kita tidak tahu kecelakaan yang bakal berlaku.

Jika kita sebagai pemandu, pastikan memandu dalam keadaan berhemah. Ikut peraturan yang telah ditetapkan. Pastikan diri dalam keadaan sihat dan tenang untuk memandu.

Pastikan juga diri sentiasa berfikiran positif dan tenang. Bersedialah dan berwaspada dengan perkara-perkara yang di luar jangka bakal berlaku.

Banyakkan bersabar dan elakkan dari mengeluar kata-kata negatif yang akan menjerumus bersifat yang dibenci Allah.

Di sepanjang perjalanan disunahkan membaca takbir ketika bertemu kawasan mendaki dan membaca tasbih apabila menuruni kawasan bukit tetapi makruh menyaringkan suara bacaan tersebut.

Yakinlah, setiap kejadian di atas dunia ini hanya berlaku dengan izin Allah.

Firman Allah SWT bermaksud: “Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah dan sesiapa yang beriman kepada Allah, maka Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar) dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.” (Surah al-Taghabun, ayat 11).

No comments:

Post a Comment