Friday 18 October 2019

LAKSANA TIGA PERKARA SEBELUM PERJUANG MALAYSIAN MALAYSIA


Sudah ada gambar ini di media sosial. Ini dinamakan doktrin Malaysian Malaysia. Doktrin ini nama cantik, tetapi orang yang membuat dan memperjuangkan doktrin ini sebenar tidak mahu melakukan apa yang diperjuangkan.

Kalau benar ingin memperjuangkan dan melaksanakan doktrin Malaysian Malaysia ada beberapa perkara perlu didahulukan.

Pertamanya, hanya ada satu jenis sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan. Keduanya, gunakan Bahasa Malaysia kerana itu bahasa kebangsaan. Ketiga, kita guna nama individu ikut nama ikut sebutan bahasa kebangsaan.

Perkara ini tidak sukar untuk dilaksanakan jika benar-benar ingin doktrin Malaysian Malaysia dijayakan. Perkara itu sudah lama diamalkan di Indonesia. Kita boleh ikut cara itu.

Kalau tidak mahu melaksanakan atau mengamalkan tiga perkara itu, simpan sahajalah  doktrin Malaysian Malaysia tu. Jangan jadi hipokrit sangat.

No comments:

Post a Comment