Saturday 2 November 2019

MUZIUM KAPAL SELAM KLEBANG, MELAKA

Salah satu daya tarikan di Klebang Melaka ialah adanya Muzium Kapal Selam. Pengunjung berpeluang untuk memasuki kapal selam sebenar yang pernah digunakan oleh Tentera Laut Perancis.

Tentu ada bertanya, mengapa kapal selam itu boleh menjadi hak milik Malaysia?

Sejarahnya bermula apabila kerajaan Malaysia pada era Barisan Nasional dahulu telah membeli kapal selam Scorpene dari Perancis. Scorpene kini digunakan sebagai aset pertahanan negara oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Masa kerajaan tandatangani perjanjian pembelian dua buah kapal selam kelas Scorpene daripada negara Perancis pada tahun 2002, penjual juga bersetuju untuk membekal satu lagi kapal selam kelas Agosta untuk tujuan melatih TLDM dari tahun 2005 hingga tahun 2009.

Setelah kita selamat menerima dua buah Scorpene, pada bulan November 2009, kapal selam latihan kelas Agosta itu tidak lagi digunakan.

Oleh kerana kapal selam latihan itu sudah lama, negara Perancis bersetuju untuk menghadiahkannya kepada Malaysia dalam satu majlis pada tahun 2011.

Satu majlis menandatangani pemindahan pemilikan kapal selam Agosta 70 daripada kerajaan Perancis kepada kerajaan Malaysia diadakan di Kedutaan Malaysia di Paris, Perancis.

Akhirnya, kapal selam kelas Agosta 70 yang diberikan nama "Ouessant" diserahkan kepada kerajaan negeri Melaka yang kemudian dijadikan sebuah muzium kapal selam di Klebang, Melaka untuk dijadikan penarikan pelancongan serta memberi peluang untuk rakyat melihat sendiri kapal selam.

No comments:

Post a Comment