Saturday 4 January 2020

SEJARAH MAKAM DIRAJA LANGGAR KOTA BHARU

Makam Diraja Langgar terletak bersebelahan Masjid Langgar di Jalan Langgar, dalam mukim Langgar, dalam jajahan Kota Bharu, Kelantan. Di makam ini dimakamkan kerabat diraja Kelantan.

Makam Diraja Langgar dikatakan telah dijadikan pemakaman raja-raja pemerintah Kelantan dan kerabat diraja sejak tahun 1794 atau lebih awal daripada itu.

Raja Kelantan pertama dimakamkan di situ ialah Long Yunus Long Sulaiman. Long Yunus dianggap sebagai Raja Kelantan moden pertama yang mana baginda berjaya menyatukan keseluruhan negeri Kelantan seperti sekarang. Baginda dikatakan mula menaiki takhta pada tahun 1762 dan memerintah sehingga tahun 1794.

Sejak dari itu, Makam Diraja Langgar dijadikan makam diraja pemerintah Kelantan dan kerabat diraja.

Sultan Pemerintah Kelantan terakhir (sehingga kini) dimakamkan di Makam Diraja Langgar ialah Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra yang mangkat pada 28 September 2019. Baginda adalah Sultan Kelantan yang menaiki takhta pada 30 Mac 1979 sehingga 13 September 2010.

Gambar Makam Diraja Langgar pada tahun 1905

1 comment:

  1. Masyaallah th 1956-58 saya mengaji di celah02 makam tiraja ini. Selepas Subuh 3 orang murid datang menjadi dengan Tok Guru, yang menage wakaf di sini. Al Fateha

    ReplyDelete