Sunday 13 February 2022

PERUT BUNCIT PUNCA MASALAH SEKSUAL

  
Resiko masalah perut buncit boleh berlaku sama ada kepada kaum lelaki mahupun wanita. Punca perut buncit disebabkan cara kehidupan yang tidak aktif ditambah pemakanan yang tidak sihat, maka berlaku masalah perut buncit ini. Banyak keburukan disebabkan perut buncit. 
 
Pun begitu, ramai orang kerap bergurau dengan mengatakan perut buncit ini tanda bahagia atau tanda kemewahan tetapi yang pastinya perut buncit telah terbukti secara saintifik berkait rapat dengan banyak masalah kesihatan termasuklah masalah jantung.  
 
Lelaki biasanya mengalami masalah buncit apabila berkahwin, manakala wanita pula berkemungkinan besar akan mengalami buncit apabila melahirkan anak.  
 
Lemak yang terkumpul di perut boleh diumpamakan lemak (viseral) di dalam organ-organ dalam badan termasuklah hati, jantung dan sebagainya. 
 
Semakin buncit perut menandakan seseorang itu semakin tidak sihat. Ukuran lilit yang ideal bagi kaum lelaki ialah 90 sentimeter dan bagi wanita ialah 80 sentimeter. 
 
Ukuran ini perlu dilakukan oleh pengamal perubatan atau mereka yang mengetahui teknik ukuran tersebut. Pergilah berjumpa dengan doktor atau jururawat bagi mendapatkan ukuran lilit perut saudara. 
 
Perut buncit merupakan kriteria utama sebelum seseorang itu dilabelkan mendapat sindrom metabolik yang berkait rapat dengan penyakit-penyakit seperti diabetes mellitus, hipertensi, masalah jantung dan sebagainya. 
 
Tidak ada cara selain menjaga pemakanan yang baik dan melakukan senaman secara konsisten bagi mengatasi masalah perut buncit. 
 
Mungkin cara sedutan lemak atau 'liposuction' boleh dilakukan tetapi kesannya adalah tidak berkekalan jika tidak mengamalkan cara hidup yang sihat. Semoga kita sama-sama berazam agar perut kita tidak buncit dan seterusnya mendapat kesihatan yang berkekalan. 
 
Jangan fikir mudah soal perut buncit. Anggaplah ia satu perkara yang penting untuk dielak terjadi pada diri anda dan ahli keluarga. 
 
Antara resiko perut buncit ialah:  
 
Penyakit Jantung. 
Seseorang yang mengidap perut buncit, yang merupakan salah satu kategori obesiti, mempunyai resiko ngeri pada dada bahagian kiri, serangan jantung, maupun gagal jantung yang tinggi. Resiko tersebut tergolong dalam penyakit jantung yang terjadi akibat dari pembuluh darah pada jantung yang tersumbat. Bila bahaya perut buncit tidak dipedulikan, tidak diragukan lagi kematian mendadak yang akan menghampiri. 
 
Diabetes Tahap 2 
Perut buncit sebagai akibat dari kenaikan berat badan yang mencapai 5-10 kg dan melebihi berat badan ideal akan membuat kemungkinan seseorang menderita diabetes dua kali lebih besar dibanding yang tidak mengidap perut buncit. Berdasarkan penelitian, sejumlah 80 persen penderita diabetes tahap 2 merupakan para pengidap perut buncit atau obesiti sentral. 
 
Strok 
Endapan lemak jahat yang berlebihan merupakan faktor utama perut yang membuncit. Selain mengendap pada perut, lemak jahat juga berpotensi besar mengendap pada saluran pembuluh darah, sehingga dapat terjadi penyumbatan yang disebut juga dengan aterosklerosis. 
 
Pembuluh darah yang menyempit akibat dari penyumbatan mengakibatkan terjadinya pembekuan darah. Kes darah pada pembuluh yang membeku merupakan awal dari penyakit stroke. Meskipun merupakan faktor sekunder yang mengakibatkan stroke, masalah perut buncit harus dikawal. 
 
Kematian awal 
Centers for Disease Control (CDC) menjelaskan bahawa obesiti, khususnya obesiti sentral merupakan penyebab terjadinya 300,000 kematian setiap tahun di negara Amerika Syarikat. Berdasarkan penelitian yang telah banyak dilakukan, adanya kenaikan peratusan resiko kematian awal sejumlah 50-100% pada pengidap obesiti dibanding dengan seseorang yang tidak mengidap perut buncit ataupun obesiti. 
 
Masalah seksual 
Pembentukan lemak di perut, boleh mempengaruhi fungsi seksual lelaki dengan pelbagai cara. Obesiti akan mengganggu kemampuan tubuh untuk menyalurkan darah ke bahagian zakar dan menyebabkan pengeluaran testosteron menurun.

 

No comments:

Post a Comment