Monday 28 March 2022

SEJARAH KAUM SIAM KAMPUNG ARIL

 
Umum mengetahui tentang keberadaan kaum Siam di jajahan (daerah Tumpat) dan Kampung Balai di Bachok. Namun, tidak banyak orang mengetahui, termasuk di kalangan rakyat Kelantan sendiri tentang penduduk keturunan Siam di Kampung Aril, Peringat. 
 
Di Kampung Aril terdapat sebuah wat Buddha yang dikenali Wat Ariyakiri, sebagai tanda keberadaan masyarakat Siam di kampung berkenaan. 
 
Mengikut cerita lisan penduduk kampung, pada tahun 1870, sekumpulan penggembara muda etnik Siam berasal dari daerah Chekong singgah bermalam di kampung ini. 
 
Mereka mengambil keputusan pulang ke negara asal setelah perkampungan yang mereka buka di daerah Gong Kulim, Pasir Puteh, semasa berburu tidak begitu sesuai untuk bercucuk tanam. 
 
Bersama-sama pengembara ini terdiri dari penari-penari menora yang dikenali sebagai kumpulan Nakleng. Sudah menjadi kebiasaaan di setiap persinggahan, mereka akan mempersembahan kesenian tarian menora. 
 
Kerana penduduk kampung ini amat meminati persembahan menora, penghulu kampung yang dikenali sebagai Tok Aril mempelawa kumpulan mereka tinggal di kampung tersebut. 
 
Bermula dari situlah, komuniti Siam mula menjadikan Kampung Aril sebagai tempat tinggal dan mereka hidup secara harmoni bersama penduduk Melayu dan kekal sehingga kini.

No comments:

Post a Comment