Sunday 15 May 2022

ANGGOTA TENTERA MENJADI GURU

  
Tarikh 16 Mei setiap tahun Sambutan Hari Guru. Dalam sambutan ini, ia lebih dikaitkan dengan guru mengajar di sekolah. Hakikatnya, guru adalah orang yang mengajar. Tidak kisahlah mengajar apa, asalkan ilmu memberi kebaikan. 
 
Dalam Tentera Darat Malaysia (TDM) terdapat kor khusus yang dipertanggungjawabkan untuk mengajar. Anggotanya melakukan tugas-tugas mengajar seperti guru di sekolah. 
 
Kor yang dimaksudkan ialah Kor Perkhidmatan Am (KPA) (Pendidikan) atau ringkasnya KPA Pendidikan. KPA diwujudkan dalam tahun 1954 dengan nama “The Federation General Service Corps”. Bahagian-bahagiannya ketika itu ialah Pejabat-pejabat Rekod, Gaji, Perubatan, Pelajaran dan Perisikan. 
 
Nama Pasukan Perkhidmatan Am dikuatkuasakan pada 1 Julai 1958. Bahagian-bahagian Perubatan dan Perisikan kemudian berpisah dan menubuh kor yang berasingan. 
 
Pasukan Perkhidmatan Am dengan rasminya menjadi Kor Perkhidmatan Am pada 1 Mei 1972. Kor ini bertanggungjawab sepenuhnya ke atas urusan khidmat dari segi Urusan Gaji, Pekeranian, Pelajaran dan Perhubungan Raya kepada Angkatan Tentera Malaysia. 
 
Cogan kata Kor Perkhidmatan Am ialah “BERBAKTI” Kor Perkhidmatan Am terbahagi kepada 4 komponen penting yang membentuk kor ini iaitu Kor Perkhidmatan Am (Bahagian Kerani), Kor Perkhidmatan Am (Gaji), Kor Perkhidmatan Am (Pendidikan) dan Kor Perkhidmatan Am (Perhubungan Raya). 
 
Anggota KPA (Pendidikan) secara langsung terlibat dengan hal-hal berkaitan pendidikan seperti menjadi guru dan pengurusan pendidikan untuk anggota tentera dan anak-anak anggota tentera. 
 
Antara peranan KPA (Pendidikan); 
- Menentukan KPA (Pendidikan) relevan dengan perkembangan ATM dan negara. 
- Memberi khidmat kepakaran dalam bidang Pendidikan yang dikenal pasti. 
- Mempertingkatkan kemudahan mengakses bahan bacaan dan rujukan di semua Perpustakaan AT. 
- Menyelia program pendidikan ke arah menjadikan ATM sebagai sebuah learning organisation. 
- Melengkapkan Pusat Pendidikan Wilayah (PPW) dengan bahan teknologi pendidikan terkini untuk tujuan pengajaran, pembelajaran dan perkhidmatan. 
Mempertingkatkan penguasaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dalam ATM. 
- Menyelaras latihan bahasa asing (selain daripada Bahasa Inggeris) bagi memenuhi keperluan penugasan ATM. 
 
Selain anggota KPA (Pendidikan), banyak anggota tentera melibatkan semua kor adalah guru yang menjadi jurulatih dan juruarah. Mereka menjadi guru di kolej, akademi, pusat latihan dan pasukan untuk melahirkan anggota tentera di semua peringkat mendapat kemahiran, kepakaran dan pengetahuan bersesuaian dengan tugas dan tanggungjawab besar yang dipukul untuk mempertahan negara.

No comments:

Post a Comment