Monday 6 November 2023

CARA MELESTARIKAN AMALAN INTEGRITI

 
Bagi melestarikan kelangsungan amalan pembudayaan integriti dalam perkhidmatan awam, beberapa perkara harus diambil kira dengan penuh iltizam demi memastikan perkhidmatan awam kita bertaraf dunia.
 
Pertama, mengikhlaskan niat dalam melaksanakan kerja yang dipertanggungjawabkan bagi mendapatkan keredhaan Allah SWT.
 
Kedua, menjadikan integriti dan amalan tadbir urus sebagai nilai utama dalam pekerjaan dan elemen penting dalam pengurusan organisasi.
 
Ketiga, meningkatkan iltizam untuk bekerja bersungguh-sungguh bagi memberikan hasil yang berkualiti dan memberi manfaat.
 
Dan akhir sekali, menjauhkan diri dari sifat-sifat mazmumah seperti menyeleweng, salah guna kuasa, menipu, terlibat dalam rasuah dan sebagainya dalam pekerjaan.
 
Kini negara berada di persekitaran yang padu bagi mengembalikan kegemilangan perkhidmatan awam dengan meletakkan governan dan integriti di tahap tinggi dalam setiap tindakan penjawat awam.
 
Sumbangan dan peranan setiap anggota perkhidmatan awam amat penting bagi melestarikan budaya berintegriti.

No comments:

Post a Comment