Gertak Wak Yam adalah jambatan kereta api di Kampung Bunut Susu, Pasir Mas, Kelantan. Gertak adalah
istilah dalam dialek Kelantan yang bermaksud jambatan. Gertak Wak Yam ini dibina pada tahun 1905, iaitu ketika awal pembinaan landasan kereta api dari Tumpat ke Pasir Mas.
Bawah Gertak Wak Yam dijadikan laluan atau jalan kepada penduduk untuk melintasi
landasan kereta api. Kenderaan yang boleh melalui bawah jambatan
kereta api dihadkan kepada ketinggian tertentu sahaja.
Pada masa dahulu, kawasan Gertak Wak Yam dikaitkan
dengan penunggu. Sesiapa yang melalui bawah jambatan itu akan diganggu oleh
penunggu, terutama orang luar kawasan.
Kisah penunggu atau hantu bukan sahaja
dikaitkan dengan Gertak Wak Yam. Di sebelah gertak ini ada satu jalan namanya
Jalan Mak Lenggang. Nama Mak Lenggang adalah diambil daripada gelaran diberikan
penduduk kampung kepada seekor jin.
Jin ini selalu menyamar menjadi wanita tua
dan jalan melenggang lenggang keliling kampung. Bila orang kampung nak keluar pada
waktu malam perlu berkarak (daripada daun kelapa yang diikat rapat atau sumber
lain yang menyala) untuk menyuluh jalan dan kerap terserempak dengan wanita yang
melenggang lenggang.
Kawasan laluan atau tempat yang biasa
penduduk kampung melihat jin itu dikenali dengan nama Jalan Mak Lenggang dan
masih kekal namanya sehingga sekarang.
Kredit Sakri Jusoh
No comments:
Post a Comment