Friday, 8 May 2026

HUBUNGAN CIK SITI WAN KEMBANG DENGAN PUTERI SAADONG

 
Nama Cik Siti Wan Kembang dan Puteri Saadong terkenal dalam sejarah Kelantan. Apa hubungan antara kedua-duanya?

Cik Siti Wan Kembang adalah raja yang memerintah Kelantan Selantan berpusat  di Gunung Chinta Wangsa. Baginda memerintah Kelantan dari 1610 hingga 1677.  

Manakala di sebelah Kelantan Utama ada sebuah lagi kerajaan berpusat di Jembal, di bawah pemerintahan Raja Sakti pada 1638. Setelah baginda mangkat, maka puteranya Raja Loyor telah ditabal menjadi raja pada 1649.

Raja Loyor dianugerahkan dengan dua orang cahaya mata iaitu seorang putera yang mangkat sejak kecil lagi dan seorang puteri bernama Puteri Saadong.

Hubungan baik telah terjalin di antara Kerajaan Cik Siti Wan Kembang di Gunung Chinta Wangsa, dengan Kerajaan Loyor di Jembal. Cik Siti Wan Kembang telah mengambil Puteri Saadong sebagai anak angkat yang akan mewarisi takhta kerajaan sepeninggalannya nanti.

Cik Siti Wan Kembang tidak mempunyai pewaris tahta kerana baginda tidak mempunyai puteri ataupun putera sebab baginda tidak pernah berkahwin.

Puteri Saadong seorang gadis ayu yang cantik dan jelita, digelar oleh penduduk Gunung Chinta Wangsa sebagai Puteri Wijaya Mala. 

Gambar - SMK Raja Sakti mengambil sempena nama raja memerentah kerajaan Jembal

No comments:

Post a Comment