Tuesday, 10 December 2019

SEBENARNYA KITA YANG TIDAK BAIK


Kehidupan manusia penuh ujian. Ujian paling hebat ialah berkaitan dengan sikap. Kita suka menilai orang lain tanpa menghisab diri sendiri.

Elok kita ambil pengajaran kisah mengenai seorang guru sufi yang menjawab tentang keadaan dua keadaan manusia.

Golongan pertama ialah manusia yang rajin melakukan ibadat. Namun, mempunyai sikap sombong, angkuh dan berasa dirinya suci berbanding orang lain.

Manakala golongan kedua adalah manusia yang sangat jarang melakukan ibadah. Namun akhlaknya begitu mulia, rendah hati, santun, lembut dan cinta dengan sesama manusia.

Mendengar soalan dari murinya itu, lalu guru sufi menjawab 'kedua-duanya baik'.

"Boleh jadi suatu ketika ahli ibadah yang sombong menemukan kesadaran tentang akhlaknya yang buruk dan dia bertaubat lalu ia akan menjadi peribadi yang baik zahir dan batinya."

"Bagi golongan kedua boleh jadi sebab kebaikan hatinya, Allah akan menurunkan hidayah lalu Ia menjadi ahli ibadah yang juga memiliki kebaikan zahir dan rohaninya."

Mendengar jawapan guru sufi itu, lalu anak murid yang bertanya itu mengajukan soalan: "Kalau begitu siapa yang tidak baik?"

Guru sufi menjawab: "Yang tidak baik adalah kita. Orang ketiga yang selalu mampu menilai orang lain, namun lalai menilai dan muhasabah diri sendiri "

Semoga kita semua mendapat pengajaran dari kisah ini.

No comments:

Post a Comment