Saturday 30 December 2017

PERMOHONAN KE SEKOLAH ASRAMA PENUH

Faktor kejayaan dipilih memasuki sekolak asrama penuh. Kecoh apabila agak ramai calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah  (UPSR) 2017 yang mendapat 6A tetapi tidak berjaya masuk Sekolah Berasrama Penuh (SBP).

Yang lebih pelik, calon yang hanya dapat 2A berjaya pula. Malah, ada murid cuma mendapat 1A, tapi diterima masuk ke sekolah kawalan.

Jangan pelik tuan puan. Kerajaan dah mula melaksanakan fasa kedua tranformasi pendidikan. Murid tidak lagi dinilai berdasarkan kepintaran IQ semata-mata.

Penilaian terhadap murid dinilai secara menyeluruh. Sesuai dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menitik beratkan semua aspek termasuk intelek, emosi, rohani dan jasmani.

Rata-rata murid yang gagal ke SBP hanya bijak di atas kertas sahaja, tetapi kurang melibatkan diri dalam sukan. Murid lain walau hanya dapat 2A dan 3A, tetapi aktif bersukan hingga mewakili daerah dan negeri. Ini punca utama murid yang mendapat 2A dan 3A diterima masuk ke SBP.

Apa itu sekolah kawalan? Sekolah kawalan ada 6 jenis semuanya. Antaranya ialah Kelas Rancangan Khas (KRK) yang diwujudkan untuk menampung pelajar cemerlang yang tidak dapat masuk ke SBP dan MRSM disebabkan tiada lagi kekosongan.

Dulunya, hanya murid yang mendapat keputusan cemerlang, 5A dan 6A sahaja diterima masuk ke KRK. Namun bermula tahun ini tidak lagi.

Murid yang aktif bersukan, banyak mewakili sekolah, daerah dan negeri dalam pantun, sajak, sukan dan sebagai juga layak walau keputusan UPSR mereka hanya 1A sahaja.

Nampak gayanya, kerajaan kita serius melaksanakan program tranformasi pendidikan yang digubal. Bukan sekadar omong kosong, bukan sekadar atas kertas sahaja. Jadi kita jangan ketinggalan dan kena tahu hal semasa seperti ini.

Syarat utama untuk mohon ke SBP dan MRSM hari ini tidak lagi bergantung pada bilangan A yang banyak.

Keaktifan dalam bidang kokurikulum telah menjadi salah satu kriteria utama dalam pemilihan pelajar SBP.

Pendek kata, selain suruh anak-anak belajar, ajak juga mereka bersenam dan bersukan. Jangan hanya menjadi ulat buku, sebaliknya kena aktif juga dalam program sekolah yang lain. Baru peluang ke SBP dan MRSM lebih cerah.

Jadi ibu bapa sekalian. Sila ambil berat tentang aspek-aspek yang dinilai ini.

Kita bukan sahaja mahu melahirkan generasi yang bijak otaknya, bahkan kecergasan dan kemahiran lain juga dititik beratkan.

Apa yang diamalkan sekarang satu perkembangan yang bagus dalam dunia pendidikan.

No comments:

Post a Comment