Monday 25 December 2017

SUDU KELAPA MUDA

Isi kelapa muda memang sedap. Rasanya memikat hati sesiapa mencubanya. Tambah pula jika dimakan bersama dengan airnya.

Isinya dari yang masih 'hingus' hinggalah agak keras sedikit. Kadar lembut keras isi kelapa muda berdasarkan usianya.

Menariknya, cara hendak asingkan isi kelapa muda dari tempurung ialah menggunakan sudu kelapa yang dibuat dari sabut buah kelapa itu sendiri.

Sedikit bahagian tampuk (bahagian bawah) yang sedikit timbul dipotong menjadi seperti sudu. Satu kaedah mesra alam dan menghargai apa sahaja sumber yang ada di sekeliling.

Jadi, naik kelapa muda di kebun ataupun di kawasan berhampiran dengan kawasan rumah, tidak perlu dicari sudu untuk makan isi kelapa muda.

Idea orang dahulu memang kreatif. Ikhtiar hidup mereka menggunakan sumber alam.

Lain dengan orang sekarang. Semua hendak mudah dengan cara membelinya.  

No comments:

Post a Comment