Friday 29 November 2019

PERSATUAN WANITA TENAGA NASIONAL PELITAWANIS TNB

Persatuan Wanita Tenaga Nasional Berhad Malaysia (PELITAWANIS TNB) merupakan wadah untuk tenaga kerja wanita TNB dan isteri isteri kepada tenaga kerja TNB memupuk dan meningkatkan kerjasama, persefahaman dan perhubungan muhibbah di antara anggota kerja wanita dan isteri anggota kerja Kumpulan TNB.

Mula ditubuhkan pada 15 Febuari 1976 dan didaftarkan secara rasmi pada 1 Jun 1978 dengan nama PELITAWANIS LLN (Lembaga Letrik Negara) diharapkan dapat mewujudkan dan menggalakkan silaturrahim dan interaksi di kalangan ahli-ahli dengan pengurusan Kumpulan TNB.

Ditadbirkan dari badan utama di 'pusat', PELITAWANIS TNB mempunyai cawangan mengikut daerah di setiap negeri dengan keahlian kini melebihi 6,000 orang.

Antara aktiviti yang diberi tumpuan ialah menganjurkan kegiatan sosial, keagamaan dan aktiviti-aktiviti seperti sukan, ceramah, forum, kursus, seminar, perbincangan dan sebagainya ke arah peningkatan ilmu pengetahuan dan prestasi ahli-ahli.

Selain itu, PELITAWANIS TNB menganjurkan program-program mengumpul wang dan mengadakan kemudahan-kemudahan yang diperlukan untuk kebajikan dan kemajuan ahli-ahli.

Tidak ketinggalan mengadakan program-program untuk mengeratkan perhubungan dengan lain-lain Pertubuhan wanita yang berdaftar demi memupuk semangat persefahaman dan menambahkan pengetahuan melalui rancangan-rancangan pembangunan negara khususnya yang berkaitan dengan kaum wanita di negara ini.

No comments:

Post a Comment