Sunday, 21 March 2021

EJAAN BETUL PERKATAAN 'RESEPI' ATAU 'RESIPI'

Banyak orang keliru mana ejaan betul, resepi atau resipi? Kalau ikut sebutan, ejaan ‘resepi’ dianggap lebih tepat kerana sebutan ‘se’ lebih banyak disebut. 
 
Namun, ejaan sebenar ialah ‘resipi’. Definis resipi: 1. senarai bahan (ramuan) dan peraturan yang diperlukan dalam menyediakan sesuatu ma­sakan atau makanan; 2. cara atau kaedah mencapai sesuatu tujuan; (Kamus Dewan Edisi Keempat).
 
Gambar: Labu sira kuih tradisi rakyat Kelantan 

Resipi Sira Labu

Bahan-bahan
- 1/4 biji labu - buang kulit 
- Segenggam gula pasir
- Secubit garam
- 1 helai daun pandan - potong
- Sedikit air kapur

Cara-cara:
- Labu yang dibersihkan direndam dengan air kapur seketika.
- Masukkan daun pandan ke dalam periuk dan susun labu di atasnya.
- Taburkan gula agak agak kemanisan yang disukai.
- Kalau labu banyak lapis, taburkan gula pada setiap lapis.
- Jerang atas dapur dengan api yang perlahan.
- Labu akan mengeluarkan air sendiri
- Jika nampak buah lagu terlalu kering, bolehlah dimasukkan sedikit air sebelum dimasak
- Bila labu dah empuk dan air gula telah berkilat, tutup api
- Sedia untuk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment