Thursday 1 April 2021

KAWASAN TASIK MASJID AR-RAHMAN DIJADIKAN ESTET IKAN

 
Estet Ikan Air Payau yang pertama di Kelantan terletak di kawasan tasik berhampiran Masjid Ar-Rahman, Kampung Pulau Gajah, Pengkalan Chepa. 
 
Projek yang dilaksanakan melalui Jabatan Perikanan Malaysia amat penting bagi memastikan kelestarian peningkatan pengeluaran pertanian terutamanya ikan. 
 
Projek perintis ini adalah usaha bagi membanyakkan sumber ikan dalam negeri dan negara sekali gus bagi menampung keperluan masyarakat. 
 
Projek estet ikan tersebut dikendalikan komuniti setempat dan ahli jawatankuasa masjid. Kawasan yang dijadikan estet ikan itu berkeluasan 3.5 hektar. 
 
Projek itu mampu dijadikan sebagai produk agro-pelancongan dan memberi sumber pendapatan secara langsung kepada tabung Masjid Ar-Rahman. 
 
Masjid Ar-Rahman memang telah terkenal sebagai lokasi tarikan pelancong kerana keunikan senibinanya.

No comments:

Post a Comment