Monday 14 June 2021

MAKAN TELUR KURA-KURA

 
Dalam mazahab Syafie adalah diharamkan memakan daging kuru-kura. Tetapi bagaimana pula dengan telur kura-kura? Adakah ia boleh dimakan? 
 
Berkaitan dengan hukum memakan telur kura-kira, para ulama mazhab al-Syafie menghukumkan sebagai harus atau dibolehkan. 
 
Kura-kura tergolongan haiwan yang bertelur. Kura-kura bertelur dalam jumlah kira-kira 30 hingga 40 biji setiap kali bertelur. 
 
Telur kura-kura rasanya hanyir. Jadi, tidak banyak orang suka memakannya. Bagi mereka yang sudah biasa, tidak jadi hal. Sedap katanya. 
 
Tiada maklumat mengenai khasiat atau kebaikan makan telur kura-kura. 
 
Komen pembaca di FB: 
 
"Bagus untuk ubat sakit pinggan. Bentuk bujur lebih kurang sama dengan telur ular tetapi kulit telur ular licin banding dengan kulit telur kura-kura kasar sedikit macam telur penyu. 
 
"Bahagian dalam bila makan ia rasa macam berpasir sedikit lebih kurang telur penyu, cuma yang putih tuu kalu lihat dia macam ada butir-butir hitam tapi kalau dkacau isi putih dengan kuning akan berasing semula tidak macam telur ayam. 
 
"Sedap dmakan kalau yang sudah biasa."

No comments:

Post a Comment