Friday 18 June 2021

BANTUAN DIHULUR ADA MUSLIHAT

Satu usaha dilakukan Barat untuk menguasai umat Islam ialah dengan cara pembunuhan karektor atau keupayaan seseorang. Umat Islam diperlakukan sehingga hilang arah sehingga terpaksa mengikut telunjuk Barat.

Pemimpin Islam, terutama di negara miskin dan bergelolak, dipaksa menerima sistem pemerintahan yang ditetapkan Barat. Jika tidak mengikut atau tunduk kepada kehendak mereka, negara Islam berkenaan akan menerima pelbagai tekanan ekonomi dan politik.

Memang sukar untuk negara Islam menolak sepenuhnya hubungan dengan negara Barat kerana mereka menguasai segenap bidang seperti eknomi, ketenteraan, pendidikan dan sebagainya.

Tidak dapat tidak, negara Islam 'wajib' mendapat bantuan dari negara Barat. Namun, yang penting diingatkan jangan sampai menjadi hamba atau pak turut kepada Barat. Jangan mudah hilang jati diri sehingga sanggup mengadaikan apa sahaja demi kuasa dan kedudukan sebagai pemimpin terjamin.

Sikap negara Barat umpama jari telunjuk lurus sedangkan jari kelingking berkait. Mereka memberi kebaikan dan keuntungan kepada negara Islam, tetapi pada masa sama ada perkara yang cuba dikuasai.

Jadi, negara Islam perlu menerima apa yang baik, tetapi jangan sampai tergadai maruah agama. Ambil yang baik, tolak perangkap atau umpan membinasakan.

Antara perkara dilakukan Barat ialah mewujudkan kumpulan penentang dasar kerajaan. Pelbagai helah dilakukan untuk menimbulkan rasa kebencian rakyat kepada pemerintah. Dasar kerajaan yang menguntungkan rakyat dikatakan merugikan dan menindas rakyat.

Rakyat yang termakan hasutan akan berasa benci kepada kerajaan. Sokongan rakyat kepada pemerintah berkurangan dan usaha menjatuhkan pemerintah akan berlaku.

Kekecewaan rakyat terhadap pemimpin meningkat, gelombang demonstrasi menuntut hak terus memuncak. Suasana politik menjadi tidak stabil dan seterusnya mengganggu ekonomi.

Kemiskinan meningkat dan kebencian terhadap kerajaan juga terus meningkat sehingga kerajaan yang baik itu digulingkan dan digantikan dengan pemimpin boneka Barat.

Apabila mereka menguasai pemimpin boneka, itu sudah disamakan dengan Barat telah menjajah negara berkenaan. Apa sahaja dasar negara terpaksa mengikut telunjuk Barat.

No comments:

Post a Comment