Thursday 13 April 2023

PENCURI DIMAAFKAN DAPAT PULA BANTUAN

 
Seorang pembuat filem Iran telah membuat filem pendek seminit ini untuk kesedaran orang ramai.

Seorang bapa yang miskin telah mencuri roti daripada sebuah kedai, tetapi sebaik cuba keluar, tuan kedai menghalangnya.

Anak perempuan yang tidak tahu apa-apa bertanya,

“Kenapa ayah?”

Si ayah menjadi risau dan membuka mulutnya untuk meminta maaf,

Tuan kedai berkata kepada anak perempuan lelaki itu,

“Ayah kamu terlupa ambil baki wang!”

Dia selamba mengira wang dan memberikannya kepada lelaki itu.

Semasa keluar, lelaki itu dilihat kelu dan tidak berdaya dalam penyesalan.

Kemudian, lelaki lain yang ada di kedai itu menegur dan berkata,

“Encik lupa kampit beras ini!”.

Teks – FB
Gambar – sekadar hiasan

No comments:

Post a Comment