Tuesday 30 May 2023

RESIPI KEK MARJERIN LEMBUT

 
Banyak orang suka makan kek marjerin lembut. Elok kita buat sendiri agar ia mengikut cita rasa sendiri. Membuatnya cukup mudah dan ringkas. Jom buat kek marjerin lembut. 

Resipinya:
- 250 gram marjerin
- 1 cawan rata gula pasir(sukat selepas dikisar)
- 4 biji telur ayam gred A
- 2 cawan rata tepung naik sendiri
- 1/2 cawan susu cair
- 1 penutup botol esen vanilla
 
Caranya
- Pukul marjerin dan gula 12 minit
- Masukkan esen vanilla dan telur satu persatu pukul perlahan. (setiap kali masukkan telur pukul 1 minit)
- Masukkan tepung naik sendiri dan susu cair berselang seli sambil kaup balik adunan guna senduk..
- Leser loyang saiz 7@8 dan letak baking paper
- Panaskan oven selama 10 minit. Guna api atas dan bawah. Suhu 180 darjah celsius
- Bakar selama 50 minit atau hingga masak
 
Sumber resipi dari media sosial.

No comments:

Post a Comment