Sunday 30 June 2024

PENTAULIAHAN JURULATIH BSMM CABANG UMK

 
Majlis Tamat Latihan dan Pentauliahan Jurulatih Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Cabang Universiti Malaysia Kelantan (UMK) telah berlangsung dengan jayanya pda 30 Jun 2024.
 
Majlis yang diadakan di Laman Lonsun, UMK Kampus Bachok tersebut telah disempurnakan oleh Pemangku Pengerusi BSMM Negeri Kelantan, Dr Seri Buana bin Zainudin. Hadir sama Pengerusi BSMM Cabang UMK, Dr Ikram Rauhi Che Ibrahim.
 
Seramai 30 orang mahasiswa berjaya menamatkan latihan pensijilan yang telah dilaksanakan dalam empat fasa. Daripada jumlah tersebut 14 orang layak ditauliahkan sebagai jurulatih setelah selesai menjalani  peperiksaan lisan khas.
 
Sebelum itu calon telah mendududuki beberapa peringkat kurusus, peperiksaan bertulis dan praktikal sebelum layak dipertimbangkan sebagai jurulatih. Peperiksaan lisan adalah peringkat akhir sebelum pengesahan dilantik menjadi jurulatih.

No comments:

Post a Comment