Monday 8 July 2024

EMPANGAN NENGGIRI BERI BANYAK KEBAIKAN KEPADA KELANTAN

 
Pembinaan Empangan Nenggiri di Gua Musang yang bermula pada 1 Mac 2022 dijangka siap sepenuhnya pada pertengahan 2027.

Projek berkenaan mewujudkan tasik seluas lebih kurang seluas 53.84 kilometer persegi dan kolam pengatur aliran seluas 0.97 kilometer persegi yang mampu menebat banjir dan memberi manfaat perbekalan air bersih serta penambahbaikan pengairan untuk pertanian.

Pembinaan Empangan Nenggiri akan memberi impak yang besar kepada Kelantan dalam membekalkan sumber tenaga konsisten dan mencukupi untuk rakyat pada masa hadapan.

Pembinaan empangan hidroelektrik itu akan memberi kesan positif kepada sektor pelancongan negeri kerana penenggelaman, 14 gua di kawasan itu.

Kerja ekskavasi di gua-gua berkenaan sedang dijalankan dan pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan membina sebuah mini galeri di Gua Musang bagi mengumpulkan semua hasil itu.

Projek ini juga boleh menjadi satu tarikan pelancongan kepada Gua Musang apabila sebuah tasik besar akan diwujudkan seperti Tasik Banding di Gerik, Perak dan Tasik Kenyir di Terengganu.

Projek itu juga akan menjadikan Gua Musang sebagai sebuah pusat pelancongan sekali gus akan membawa ledakan ekonomi kepada Kelantan.

Projek berkenaan turut membabitkan sesi libat urus masyarakat Orang Asli dan mereka akan ditempatkan di sebuah kawasan bersepadu. Projek Nenggiri dijangka menenggelamkan beberapa penempatan Orang Asli termasuk Pos Tohoi, Pos Pulat dan Kampung Kuala Wias.

Projek Hidroelektrik Nenggiri yang bernilai RM5 billion dilaksanakan TNB melalui anak syarikat milik penuhnya, TNB Power Generation Sdn Bhd (TNB Genco) yang bakal menjana 300MW apabila beroperasi nanti.

Projek Hidrolektrik Nenggiri di Gua Musang, Kelantan disasar memberi sumbangan bermakna kepada sasaran negara untuk meningkatkan sumbangan tenaga boleh diperbaharui (RE) kepada 40 peratus daripada keseluruhan sumber penjanaan menjelang 2035.

Penjanaan daripada sumber hidro juga akan membantu mengurangkan sejumlah 0.3 tan pelepasan karbon setahun, bersamaan pengeluaran asap daripada 70,000 kereta. Selain penjanaan tenaga, projek itu juga disasar memanfaatkan Kelantan dalam aspek kawalan banjir dan pengairan.

Takungan ini akan membantu mengurangkan dengan ketara banjir buruk di Kelantan kerana turut berfungsi sebagai kawasan tadahan dan kawalan air apabila jumlah air tasik dikurangkan untuk menampung air hujan pada musim tengkujuh.

Dalam konteks lebih meluas, Projek Nenggiri dilihat membantu memperluaskan peranan penjanaan tenaga boleh baharu (RE), terutama daripada hidro, antara sumber yang paling banyak tersedia di Malaysia serta mengambil kira manfaat menyeluruh yang diperoleh daripadanya.

Projek hidroelektrik dan RE memberi manfaat ekonomi kepada negara. Walaupun kos pembinaan tinggi, pulangan jangka panjangnya berbaloi dengan manfaat yang diperoleh.

No comments:

Post a Comment