Lebuh Raya Lingkaran Tengah Utama (LTU)
sejauh kira-kira 325 kilomter (km) merupakan lebuh raya tanpa tol yang
menghubungkan persimpangan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) di Bentong, Pahang
dengan Kuala Krai, Kelantan.
Projek LTU yang dilaksanakan secara
berperingkat mulai 2008 melibatkan 26 pakej atau projek. Sehingga Julai 2024, 11
projek telah siap, 14 dalam pembinaan dan satu dalam proses perolehan. .
LTU dahulunya dikenali Central Spine Road
(CSR) memang dinanti-nantikan pengguna jalan raya bilakah akan siap kerana ia
akan mengatasi masalah kesesakan lalu lintas, terutama pada musim perayaan
untuk perantau pulang ke Kelantan.
Memang terdapat isu berkaitan kelewatan
projek disiapkan, namun pihak kerajaan Pusat berusaha untuk mengatasi atau mengurangkan
kelewatan tersebut.
Antara punca kelewatan projek ialah pengambilan
balik tanah, pengalihan utiliti, pengurusan trafik, kekurangan tenaga kerja,
keadaan cuaca tidak menentu dan kenaikan harga barang. Pun begitu, isu-isu
tersebut dapat diatasi sebaik mungkin
mengikut amalan terbaik pengurusan pembinaan serta mematuhi garis panduan dan
peraturan semasa yang berkuat kuasa.
bagi Pakej 1 dari Kuala Krai ke Jambatan
Sungai Lakit, kemajuan semasa telah mencapai 11.59 peratus; Pakej 2 dari
Jambatan Sungai Lakit ke Gua Musang (22.40 peratus); Pakej 3 dari Gua Musang ke
Kampung Relong (84.25 peratus); Pakej 4 dari Kampung Relong ke Raub (63.69
peratus); Pakej 5: Raub ke Bentong telah dibuka kepada pengguna; dan Pakej 6
dari Bentong ke Persimpangan LPT (30.07 peratus).
Projek berperingkat-peringkat itu mengambil
kira keperluan semasa di satu-satu kawasan, terutama dalam menangani masalah
kesesasakn dan keselamatan pengguna jalan raya. Pembinaan LTU bermula dengan Fasa
3 iaitu dari Meropoh ke Kampung Relong sejauh 107 km. Pakej itu merupakan jarak
paling jauh.
Gambar Julai 2024 menunjukkan proses
pembinaan di kawasan Gua Musang. BERNAMA
No comments:
Post a Comment