Masuk ke Felda Perasu melalui RKT Renok
Baru, sebelum tiba pusat “pentabiran”, anda akan melihat replika ikan ini di
sebelah kanan. Memang cantik replika tersebut dan warnanya masih terang kerana
baru siap dicat.
Pun begitu, kerana belum siap sepenuhnya,
tidak ada tulisan atau papan tanda “menceritakan” mengenai replika tersebut.
Ada kemungkinan replika itu “memberitahu”
bahaya kawasan Felda Perasu adalah lubuk memancing. Memang di kawasan tersebut
ada sungai mengalir dan kebiasannya sungai di kawasan pedalaman masih banyak
terdapat pelbagai jenis ikan hidup yang sedia untuk dipancing.
Apapun, diharapkan akan ada maklumat lebih
tepat mengenai kewujudan replika tersebut.
No comments:
Post a Comment