Di Malaysia tiada undang-undang mewajibkan
pengusaha restoran atau syarikat makanan memiliki sijil halal. Justeru, Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mempertimbangkan cadangan untuk mewajibkan
pensijilan halal bagi restoran dan syarikat makanan yang tidak menyediakan
hidangan daging babi dan alkohol.
Sekiranya hendak mewajibkan semua restoran
ada Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM), beberapa akta ataupun undang-undang
itu perlu perlu dipinda. Manakala banyak agensi akan terlibat untuk
menguatkuasakannya.
Ketika ini, pengusaha restoran atau pemilik
perniagaan makanan tidak tertakluk kepada mana-mana akta yang mewajibkan mereka
memiliki sijil halal, sebaliknya mereka boleh memohon pengiktirafan itu secara
sukarela.
Disebabkan itu, banyak restoran yang kategori
menjual makanan dan minuman halal tidak mempunyai SPHM, ini termasuklah restoran
terkenal yang dikunjungi banyak penganut agama Islam.
Hakikatnya, mempunyai SPHM hanya satu “pengiktirafan”
atau “pengesahan” secara pentadbiran. Ironinya, halal atau haram bukan
ditentukan oleh sijil.
Namun, orang Islam perlu peka mengenai
perkara ini. Pengesahan SPHM bukan sahaja berkaitan jenis makanan sahaja,
tetapi juga berkaitan dengan cara pengendalian, sumber bekalan makanan dan
sebagainya sepertimana ditetapkan oleh syariat.
Maka itu, isu SPHM bukan berkaitan
undang-undang, tetapi tahap kesedaran umat Islam itu sendiri. Orang Islam perlu
peka sama ada restoran itu memiliki SPHM atau tidak. Sebaik-baiknya jika
restoran berkenaan tidak memiliki SPHM, maka hindarkan diri daripada
mendapatkan makanan di tempat itu.
Boikot terus restoran tanpa sijil halal. Banyak lagi
restoran lain yang ada SPHM boleh dikunjungi. Rakyat Malaysia memang hebat dalam soal boikot. Tunjukkan kuasa umat Islam.
Jangan terlibat dengan perkara subahat (syubhah)
atau yang ada keraguan tentang halalnya.
Nabi
SAW jelas berpesan dalam hadis yang bermaksud: “Sesungguhnya halal itu jelas
dan haram itu jelas dan perkara yang berada antara halal dan haram itu adalah
perkara syubhah yang tidak ramai manusia mengetahuinya.” (Riwayat al-Bukhari
dan Muslim)
Gambar sekadar hiasan.
No comments:
Post a Comment