Sepanjang 25 tahun menjadi isteri
Rasulullah, Khadijah rela mengetepikan kedudukannya yang sepatutnya dipandang
mulia dan menikmati kemewahan hidup. Khadijah memiliki kekayaan dan kedudukan
tinggi sebelum berkahwin dengan Rasulullah.
Khadijah membelanjakan hampir
seluruh kekayaannya untuk perjuangan Rasulullah menyebarkan Islam. Beliau
sanggup dicaci dan dipulau oleh masyarakat semata-mata menyokong apa yang
dilakukan Rasulullah. Khadijah menjadi orang pertama
percaya dan beriman kepada ajaran Islam.
Pengorbanan dan sumbangan Khadijah
sentiasa disebut-sebut Rasulullah walaupun selepas Khadijah meninggal dunia. Pengorbanan
Khadijah yang tiada tandingan itu mengatasi apa yang mampu dilakukan oleh
wanita lain. Hal itu sehingga menimbulkan cemburu di kalangan isteri-isteri
Rasulullah yang lain.
Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari
Aisyah katanya: “Aku tidak pernah cemburu kepada seseorang pun di antara
isteri-isteri Rasulullah, sebagaimana aku mencemburui Khadijah, sedang aku
belum pernah menatap muka dengan dia (Khadijah meninggal dunia sebelum Nabi
berkahwin dengan Aisyah).”
“Akan tetapi Nabi sering teringat
dan menyebut-yebut dia, bahkan kerap beliau menyembelih kambing lalu
dibahagi-bahagi kepada teman-teman Khadijah (sebagai tanda ingatan terhadap
Khadijah), dan aku sendiri acap kali menyatakan kepada Nabi: “Seperti tidak ada
perempuan lain di dunia ini selain Khadijah.”
Lalu baginda menjawab: “Sesungguhnya
dia pernah ada dan tetap ada (tersimpan dalam ingatanku), dari dialah aku
mendapat anak.”
Sikap Nabi yang sedemikian terhadap
Khadijah adalah membuktikan besarnya peranan isteri membantu suami ketika senang
maupun susah. Kekuatan lelaki adalah kerana adanya wanita di sisinya.
Kesempurnaan hidup seorang lelaki
yang berbangga dengan kedudukan yang dicapainya sebenarnya bermula dari didikan
dan kemampuan seorang wanita bergelar ibu. Tidak sempurna kehidupan seseorang
tanpa terlebih dahulu dididik dan dibentuk pekertinya oleh seorang wanita.
Kejayaan seorang lelaki ada di
sisinya seorang wanita. Ibu, kakak, dan isteri sentiasa memberi sokongan moral
dan membantu apa yang diperlukan oleh lelaki. Dengan kata lain, sumbangan yang
dilakukan lelaki kepada kecemerlangan ummah secara langsung juga adalah hasil
yang diusahakan oleh wanita.
Oleh itu wanita tidak perlu merasa
terpinggir atau tidak diperlukan.
Sebenarnya masyarakat mengiktiraf sumbangan wanita yang disumbangkan
melalui suaminya.
Suami yang dianugerahkan gelaran
Datuk, turut memberi gelaran Datin untuk isterinya. Tetapi, seseorang wanita
yang diberikan anugerah gelaran, tidak pula turut diberikan kepada
suaminya.
No comments:
Post a Comment