Buah kundang juga dikenali dengan beberapa
nama seperti buah setar, buah temia, buah rembunia, buah kemior dan buah ghemia.
Nama bandar Alor Setar, ibu negeri Kedah dikata diambil dari nama pakok setar. Dikatakan
terdapat banyak pokok setar di sungai kawasan tersebut.
Nama saintifiknya buah kundang ialah Bouea
macrophylla dari family Anacardiaceae. Pokok ini tumbuhan asal Malaysia dan di
kebanyakan negara Asia.
Mungkin kerana
bijinya berwarna ungu ia dipanggil buah kundang. Ada juga yang menyebut warna
ungu itu warna biji kundang. Betullah tu, biji dia memang warna kundang pun.
Buah kundang juga dikenali dengan
pelbagai nama seperti Ma Prang (Thailand), ramania atau gandaria (Indonesia),
mayun thee (Burma) dan thanh tra (Vietnam).
Pokok buah kundang berkanopi besar
yang boleh mencecah ketinggian sehingga 18 meter. Boleh dibiak menggunakan biji
benih atau cantuman mata tunas. Pokok kundang ada dua jenis mengikut ukuran duannya
iaitu berdaun kecil dan besar.
Pembiakan menggunakan biji benih
memakan masa 6-8 tahun untuk berbuah dan 4-5 tahun jika dibiak menggunakan mata
tunas.
Buah kundang berbentuk bulat hingga
lonjong berwarna hijau ketika muda dan bertukar kepada warna kuning atau orange
apabila matang.
Buah kundang kaya dengan serat dan
berjus dan dimakan segar bersama kulitnya sekali apabila matang dengan rasa
masam-masam manis bergantung kepada varieti.
Buah yang muda juga digemari dan
dimakan segar tetapi agak masam, namun lebih enak dicampur dengan sambal
belacan, ditambah dalam rojak atau dijadikan jeruk. Daun muda pokok buah
kundang juga boleh dijadikan ulam.
Buah kundang berukuran 3-4 cm dan
terdapat satu biji yang berwarna purple atau disebut warna ‘biru biji kundang’
yang juga boleh dimakan. Buah kundang kaya dengan kandungan Vitamin A, C dan
serat.
Apa yang pasti buah kundang tergolong
dalam kategori buah nadir yang jarang ditemui lagi kini di Malaysia, tetapi
bagi negara Thailand buah ini telah mula dikomersilkan dengan menonjolkan
varieti yang lebih baik dan manis.
No comments:
Post a Comment