Thursday 21 May 2020

BANGKIT DARI KEGAGALAN


Merintih lagi ambo malam ni...
Terbaca khabar duka rakan2 hilang sumber pencarian.. dan akan hilang kerja.. Aidilfitri akan tiba... Banyak lagi ke baki simpanan mereka?

Ya ambo pun pernah dibuang kerja, tapi ada yg bantu ambo bangkit. Nak keluar dr lumpur kesulitan bukan semudah mengucapkan "sabar"

Sektor perlancongan amat terkesan kali ini, hotel, tourist guide, tokey bas, van pelancong, masya-Allah bukan mudah utk bangkit kembali sbb dunia belum pulih...

Pengalaman ambo, manusia yg akan support mula2 adalah keluarga! Ya mereka akan bantu kita tanpa diketahui oleh sanak saudara kita yg lain. Catat segala bantuan tersebut, bukan bimbang diungkit, tapi berniat agar dpt membalasnya kembali.

Ada kawan2 yg dah give-up mencuba alam bisnes, ya! tak semanis makan gaji. 25hb bukan hari yg dinanti... Tp setiap hari mendebarkan hati, ada untung ada rugi.

So ambo nk bantu rasanya mustahil dari segi kewangan cuma ambo boleh share satu tips, yg mana sampai ari ni ambo mampu bertahan adalah CATAT SETIAP SEN KITA DAPAT DAN YANG KITA GUNA.

Ambo masuk tandas bayar RM0.30 pun ambo catat... apatah lagi postage RM10.50 yg terpaksa ambo tanggung demi lariskan item bila buyer minta less... Mujur ada shopee, skrg ambo rasa lepas dr beban postage. Rasanya kengkawan yg lain pun terbeban dgn kos pos lerni.

Ambo berdoa sokmo agar lepas PKPB ni kalu hidup ambo ni screen movie, akan ada tulisan "2 tahun kemudian..."

Ya, ambo sbrnya memperingati ulangtahun kedua 9 Mei hari kejatuhan ambo... Dan hari ni, ambo berdoa agar tidak lagi tersungkur. Tapi di hari ni ambo sedikit teremosi kerana ada rakan2 ambo tersungkur di hari ambo cuba bangkit.

Ambo harap screen movie rakan2 akan kuar "sebulan kemudian".... "2 tahun kemudian" ni dalam movie sekadar seminit dua je ...

Semoga kita semua terus berdoa, terus support famili dan rakan2, maybe ini hari dia, esok lusa hari kita...

SALIN DAN TAMPAL DARI FB RUSDI JUSOF
Gambar hiasan

No comments:

Post a Comment