Tuesday 1 December 2020

KAMPUNG SOKOR, KELANTAN ADA EMAS

Kampung Sokor. Bumi Kelantan kaya dengan pelbagai sumber mineral. Antara mineral atau galian yang terdapat di Kalantan ialah emas, bijih besi, feldspar, batu marmar, granite dan barit. 
 
Perlombongan emas telah pun diusahakan oleh sebuah syarikat dari China iaitu China Nonferrous Metal Mining (Group) Co. Ltd (CNMC). CNMC merupakan sebuah konglomerat dari China yang terlibat dengan perlombongan emas di seluruh dunia. 
 
Syarikat CNMC Holding itu mula beroperasi di Kelantan untuk carigali emas pada tahun 2007, setelah majlis perjanjian usahasama berhubung perkara itu dimeterai dengan Kelstone Sdn Bhd yang merupakan anak syarikat Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) sebelum itu. 
 
Kawasan cari gali emas terletak di di Kampung Sokor, Tanah Merah. 
 
Cari gali emas kini antara sumber pendapatan negeri Kelantan.

No comments:

Post a Comment