
Jika
diberitahu ada ibu bapa kita belajar sehingga darjah 7, tentu banyak yang tidak
percaya. Sebab, sistem persekolahan di Malaysia hanya setakat darjah 6 sahaja.
Sebenarnya,
ketika negara belum mencapai kemerdekaan, wujud kelas yang dinamakan Darjah 7
di Sekolah Melayu.
Namun,
pada 25 Jan 1954, satu pengumuman telah dibuat berkaitan dengan penghapusan
Darjah Tujuh Sekolah Melayu.
Penghapusan ini dibuat selaras dengan tujuan
kerajaan untuk mengkhususkan mata pelajaran yang diajar dan mengawal
perbelanjaan sekolah-sekolah di Tanah Melayu yang semakin bertambah.
Kebanyakan
penuntut yang tamat darjah tujuh di dalam sistem persekolahan sebelum
merdeka adalah layak untuk mengikuti latihan perguruan.
Kerajaan
ketika itu berpendapat bilangan darjah tujuh perlu dihadkan supaya bilangan
penuntut di dalam darjah tersebut tidak melebihi kadar yang diperlukan
di dalam perkhidmatan perguruan.
Walau
bagaimanapun sistem darjah tujuh ini didapati kurang sesuai dan terpaksa
dihapuskan. Sebagai gantinya, satu sistem persekolahan yang dinamakan darjah
khas telah diadakan.
Penuntut-penuntut
yang tamat dari Darjah Khas serta mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan, boleh
membuat permohonan untuk menjadi guru pelatih.
No comments:
Post a Comment